Pada zaman sekarang, majoriti daripada golongan dewasa mempunyai hutang kewangan. Hutang ini disebabkan oleh pelbagai pinjaman yang dilakukan sama ada untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya. Malah, terdapat juga golongan pelajar lagi yang sudah mempunyai hutang belajar.
Kemudahan pemberian pinjaman oleh bank kepada mereka yang sudah bekerja juga menyebabkan ramai yang suka berhutang dan lebih malang lagi, berbelanja melebihi kemampuan. Secara statistiknya juga, ramai golongan muda yang baru bekerja diisyhtiharkan muflis akibat pembelian kereta yang melebihi kemampuan. Maka tidak hairanlah wujud golongan muda yang mampu bermegah dengan kereta mahal tapi terpaksa ikat perut menjelang hujung bulan.
BESARKAN TEKS A- A+
Secara umumnya, berhutang hukumnya harus dalam Islam. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat hutang (mendapatkan pinjaman). Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat pinjaman:
#1 Adakah Ia Melibatkan Riba?
Riba (mengambil faedah dengan pinjaman) meruapakan salah satu dosa besar, sama seperti dosa membunuh dan syirik kepada Allah.
#2 Adakah Anda Perlu Mengambil Pinjaman?
Adakah anda terdesak untuk mendapatkan pinjaman? Adakah pinjaman itu untuk memenuhi keperluan atau kehendak anda? Bolehkah anda bersabar dan menabung wang.
#3 Mampukah Anda Membayar Semula Pinjaman Itu?
Adakah anda pasti akan ada wang untuk membayar semula pinjaman? Jika tidak mengapa meminjam wang yang tidak mampu anda pulangkan?
#4 Apa Berlaku Jika Anda Tidak Membayar Semula?
Adakah anda akan jatuh muflis? Adakah akan dikelilingi hutang selama-lamanya? Adakah ia akan menjejaskan hubungan anda dengan pemiutang?
#5 Adakah Transaksi Pinjaman Anda Menepati Syariat Islam?
Berdasarkan Surah Al-Baqarah (ayat 282 - 283) orang Islama adalah dinasihatkan untuk mewujudkan perjanjian bertulis di antara penghutang dan pemiutang dengan kehadiran para saksi apbila mengambil pinjaman sama ada kecil atau besar.
Terima kasih kepada UnRiba untuk infografi dan maklumat yang dikongsikan ini.