Kredit foto: Instagram Hijabista
Hijabista, jenama majalah dan laman digital Malaysia sejak tahun 2012 buat pertama kalinya menganjurkan rancangan realiti baharu berjudul Pencarian Ratu Hijabista yang membuka ruang kepada wanita berhijab tanpa mengira soal status untuk mempertaruhkan bakat, rupa dan personaliti yang menarik bagi diketengahkan untuk menjadi inspirasi dan contoh kepada masyarakat.
Kredit foto: Instagram Hijabista
Ujibakat
Sesi ujibakat pemilihan dibuat secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, dari 1 Jun 2020 hingga 14 Jun 2020 yang mana calon datang daripada kalangan wanita yang berumur 21 hingga 30 tahun.
Hanya 12 calon berjaya melayakkan diri sebagai finalis daripada 550 penyertaan yang diterima.
Senarai Finalis / Peserta
Majlis sidang media yang diadakan di restoran My Elephant Thai, Kuala Lumpur telah memperkenalkan senarai 12 peserta Ratu Hijabista musim pertama bagi edisi 2020. Mereka ialah:-
1. Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman (Qila)
2. Nur Fatin Najihah Noor Hisham (Jiha)
3. Siti Sariah binti Abdullah (Saree)
4. Nurul Ellyna Anuar (Ellyna)
5. Nurfiyanti Afrina Roslan (Fiffy Afrina)
6. Asfika binti Mohamad (Eka)
7. Shamellya Norazizi (Mellya)
8. Qistina Sofia Abdul Aziz (Tina)
9. Nuryusrina Shan Mohd Firdaus Shan (Yusrina)
10. Siti Aishah Idris (Aishah)
11. Aunee Azrina Zulkifli (Aunee)
12. Nur Aqilla Sidi Ahmad (Aqilla)
Baca: Biodata 12 Peserta Pencarian Ratu Hijabista 2020
Kredit foto: Instagram Hijabista
Juri
Puan Sri Normala Samsudin menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.
Pengacara
Dikelolakan pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim yang bertindak selaku hos program.
Hadiah
Wang tunai RM10,000 menanti juara, berserta tiara dan peluang menghiasi muka depan majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Kredit foto: Instagram Hijabista
Waktu Siaran
Siaran lapan episod yang berdurasi sejam ini bermula 12 Ogos 2020, setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Prima.
Sumber:
1. Pengumuman Top 12 Ratu Hijabista, Puan Sri Normala Samsudin Juri Tetap Ratu Hijabista 2020
2. 12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan, Normala Samsuddin Galas Cabaran Juri Tetap