Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Berasaskan format asal ‘All Together Now’ terbitan BBC One dari United Kingdom, kini kembali musim kedua ‘All Together Now Malaysia’ (ATNMY 2) bermula 11 Disember 2022 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Format
Menggunakan sistem penjurian kalah mati, para peserta yang bertanding diadili oleh 50 juri profesional di mana setiap juri akan mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan dibawa ke ‘ATNMY 2 Final’.
Setiap episod akan menampilkan 20 orang peserta. Setiap peserta mempunyai selama 90 saat untuk membuat persembahan. Jika juri menyukai persembahan itu, mereka boleh memberi markah dengan menekan butang 'buzzer' selepas 30 saat pertama, kemudian berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat duduk mereka sebagai tanda sokongan.
Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga podium utama. Peserta yang mendapat mata terbanyak di podium terlebih dahulu layak ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta di tempat kedua dan ketiga akan bersaing semula di pusingan 'Sing-Off' untuk merebut tempat sebagai finalis di peringkat akhir. Untuk pusingan ini, mereka perlu memilih lagu baharu daripada senarai yang disediakan pihak produksi. Jika ada peserta yang mempunyai markah yang sama, Datuk Syafinaz Selamat sebagai 'Kapten Juri' mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Peserta
Musim pertama ‘ATNMY’ dilihat berjaya melahirkan ramai penyanyi baharu dalam industri hiburan tanah air seperti Meer Nash, Ajoi Zainal, Dem Lepak Boyz dan Idris Brown yang berjaya bernaung di bawah label muzik Malaysia.
Edisi kali ini sekali lagi memperkenalkan wajah-wajah peserta pelbagai yang mana ada yang hadir sebagai peserta solo, duo atau kumpulan dan para peserta yang ada menunjukkan ‘diversity within our multicultural society’ yang merupakan elemen penting yang ingin ditonjolkan ATNMY.
Antara latar belakang menarik peserta musim ini :-
1. Peserta paling muda, Yaadana merupakan seorang kanak-kanak India berusia 11 tahun.
2. Melissa, seorang guru vokal sambilan bangkit selepas 6 bulan dijangkiti Covid-19.
3. Dua pemuda yang merupakan anak kepada penyanyi Noorshila Amin akan bersaing antara satu sama lain iaitu Daniel Durrany, seorang jurulatih gim dan Banni Basyishar, seorang pemain saksofon.
4. Sama seperti penyanyi David Arumugam, Philip Martin yang berbangsa India merupakan peminat lagu-lagu Melayu.
5. Shaun Salim, 64 tahun, merupakan peserta paling veteran untuk musim ini.
Pengacara
Hos popular, Sherry Alhadad sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudikan pentas ATNMY pada musim ini.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Senarai Juri
Posisi juri dimeriahkan dengan angkatan selebriti yang popular dan glamor yang turut diwakili oleh 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. Datuk Syafinaz Selamat diberi peranan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Barisan juri adalah berdasarkan landskap pilihan penonton yang datang daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia juga menyerlahkan masyarakat negara kita yang majmuk sekaligus menonjolkan keunikan adaptasi ATNMY versi Malaysia berbanding negara-negara lain.
SENARAI PENUH 50 JURI ‘ATNMY 2’
1 - Datuk Syafinaz Selamat
2 - Datuk Aznil Hj Nawawi
3 - Ajai
4 - Ernie Zakri
5 - Siti Nordiana
6 - Jaclyn Victor
7 - Shila Amzah
8 - Tomok
9 - Marsha Milan Londoh
10 - Khai Bahar
11 - Wany Hasrita
12 - Elly Mazlein
13 - Nikki Palikat
14 - Amir Masdi
15 - Aisha Retno
16 - Danial Chuer
17 - Ayie Elham (Floor88)
18 - Bunga
19 - Ara Johari
20 - Liza Hanim
21 - Rozita Che Wan
22 - Thanuja
23 - Sherry Ibrahim
24 - Catriona Ross
25 - Sophia Liana
26 - Ali Sariah (Masdo)
27 - Sissy Imann
28 - Izzue Islam
29 - Danial Zaini
30 - Joey Daud
31 - Falyq Hikyle
32 - Kelly Azman
33 - Ifa Raziah
34 - Hafiz Hamidun
35 - Reshmonu
36 - Vince Chong
37 - Dr Soo Wincci
38 - Adeline Tsen
39 - AG Coco
40 - Edrie Hashim
41 - Maryam
42 - Yaya Zahir
43 - Afeeq Wahab
44 - Widy Hamzah
45 - Keanu Azman
46 - Isha Norisham
47 - Hafida Samad
48 - Shashic
49 - Dr. Ram
50 - Suresh
Baca: Info Penuh Program All Together Now Malaysia (Astro) 2021 Musim 1
Jumlah Episod
Rakaman konsert mingguan ‘ATNMY 2’ yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu memuatkan sebanyak 9 episod.
Hadiah
Juara konsert akhir akan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
All Together Now Malaysia Season 2 mulai 11 Disember 2022. Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Waktu Tayangan
‘All Together Now Malaysia 2’ menemui penonton di Astro Ria (saluran 104) bermula pada 11 Disember 2022, setiap hari Ahad, pukul 9 malam, serta strim dalam talian (online) menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan alternatif.
Liputan kapsul harian ‘Kapsul Di Sebalik All Together Now Malaysia Musim 2’ yang memaparkan sedutan aktiviti perjalanan peserta dan barisan juri sebelum dan selepas konsert mingguan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang bermula 8 Disember 2022.
Program khas ‘Extended All Together Now Malaysia Musim 2’ yang mengandungi klip ‘snippets’ menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsi di mana-mana platform, disiarkan selama 30 minit setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 16 Disember 2022.
Rakaman program 'All Together Now Malaysia Live Plus' sebagai pengisian di platform digital akan disiarkan bermula jam 9 malam di laman web rasmi All Together Now Malaysia apabila siaran konsert mingguan 'ATNM', bermula pada 11 Disember 2022.