Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Siri drama Terima Aku Seadanya yang pernah bersiaran di saluran ntv7 menerusi slot GlamaDrama pada Oktober 2018, kembali menemui penonton di saluran TV3, bagi menggantikan drama Tuan Danial yang menamatkan siarannya pada Jumaat lalu.
Karya arahan Eoon Shuhaini ini membariskan barisan pelakon ternama seperti Nazim Othman, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Daler Yusuf dan ramai lagi.
Kredit foto: Terima Aku Seadanya Episod 1
Sinopsis
Mengisahkan Kamelia yang berasa rendah diri dengan tubuh badannya angkara semakin gempal. Apatah lagi mengenangkan kekasihnya, Edry yang dalam diam mempunyai hubungan cinta dengan adik tirinya, Sahara.
Dalam usaha Kamelia mendapatkan fizikal langsing, dia nekad mengambil pelbagai produk kurus hingga sanggup melupakan kesan sampingan yang perlu ditanggung.
Angkara kecewa dengan kegagalan mencapai berat badan idaman, Kamelia mula berkunjung ke sebuah gimnasium dengan menyertai sebuah program khas.
Sejak itu, dia mula berkenalan rapat dengan Irfan, pemilik gimnasium berkenaan tanpa menyedari jejaka itu adalah pewaris kepada sebuah syarikat gergasi.
Kredit foto: Terima Aku Seadanya Episod 15
Pelakon
Diterajui Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar dan Daler Yusuf.
Turut dibantu Natasha Elyzza, Ranjeetha, Jesse Lim, Khaty Azian, Zalfa Zin, Jibob, Gee Zainal, Allana Amir dan Aril Aziz.
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Arahan Eoon Shuhaini yang sebelum ini terkenal dengan sentuhan magisnya dalam drama-drama popular seperti Pujaan Hati Kanda, Love You Mr. Arrogant, Jika Itu Takdirku, Tiada Arah Jodoh Kita, Cinta Masam Manis dan banyak lagi.
Terbitan syarikat produksi, Filmscape Sdn Bhd.
Kredit video: De Fam - Bila Ada Kamu (ft Aliff & Aman RA) (OFFICIAL MUSIC VIDEO)
Lagu Tema (OST)
'Bila Ada Kamu' persembahan vokal kumpulan De Fam yang turut menampilkan Aliff dan Aman RA.
Lagu terbitan Tune Studios Sdn Bhd ini mendapat sentuhan komposer Bryan B, Tatsuro Miller, Ricardo Burgurst dan Brandon Beal. Manakala senikata oleh Ricardo Burgurst, Bryan B, Brandon Beal, Sophia Liana, Tatsuro Miller dan Putri Norizah
Waktu Siaran
Mengisi slot Lestary, drama dengan 20 bilangan episod ini, bersiaran mulai 11 September 2019, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.
Sumber:
1. Wikipedia Terima Aku Seadanya