Kredit foto: Instagram Afiq Muiz
Bukan Kahwin Paksa merupakan siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Idora Abdul Rahman, adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Syamnuriezmil.
Drama 13 episod ini bakal menggantikan siri Titian Takdir mulai 7 Februari 2020.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Sinopsis
Izz Rizqin dan Dara Safiya dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan hingga menjadi musuh antara satu sama lain.
Namun kejadian 'salah email' membuatkan mereka rapat di alam maya sebelum mula jatuh cinta menerusi panggilan telefon.
Dara Safiya yang dicurangi Ryan, awalnya bercadang ingin membujang hingga tua, manakala Izz Rizqin pula membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin.
Mereka akhirnya menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan atas dasar 'kahwin paksa', tetapi masing-masing sudahpun menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Kredit foto: Instagram Danial Dashuki
Pelakon
Menggandingkan Kamal Adli dan Hannah Delisha.
Dibantu barisan pelakon seperti Alya Iman, Afiq Muiz, Oktavia Manrose, Jasper Supayah, Danial Dashuki, Husna Mustaffa, Dhia Irdina, Liza Abdullah, Shah Rezza, Ziela Jalil, Qistina Khaled dan Watie Sadali.
Kredit foto: Instagram Klinik Dr Najwa
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Di bawah arahan Idora Abdul Rahman yang sebelum ini pernah menghasilkan drama Sayangku Kapten Mukhriz, Kerana Dia Manusia Biasa, Kekasih Paksa Rela dan Pengantinku Jatuh Dari Langit.
Terbitan produksi Global Station Sdn Bhd.
Kredit video: Ismail Izzani & Andi Bernadee - Hello (Official Lyrics Video)
Lagu Tema (OST)
Judul: Hello
Penyanyi: Ismail Izzani & Andi Bernadee
Ciptaan: Ismail Izzani, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga
Kredit foto: Instagram Alya Iman
Waktu Siaran
Bermula 7 Februari 2020 di Slot Lestary (TV3) pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam.
Sumber:
1. Wikipedia Bukan Kahwin Paksa
2. Goodreads Bukan Kahwin Paksa