Oleh pada 10 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

    

Siri slot Megadrama, Ash & Aish, lakonan Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling dan Nadhir Nasar yang menjayakan watak utama bakal menemui penonton di Astro Ria mulai 10 Ogos 2022. Adaptasi novel tulisan Maya Adira ini menggantikan tayangan drama Jodohku Babysitter yang menutup tirai semalam.

ash dan aish novel

Kredit foto: Instagram Maya Adira

   

Sinopsis Drama Novel Berepisod Ash Dan Aish

Aish (Siti Khadijah Halim) tiada sesiapa dalam hidupnya. Kehidupan sebatang kara yang tinggal di ibu kota penuh dengan dugaan, selepas kematian ahli keluarga.

Adapun hanya Mak Su dan Pak Su yang membenci dan ingin merampas harta pusaka keluarganya.

Muncul Ash (Meerqeen), seorang pemuda misteri yang suka menolong mereka yang dalam kesusahan. Sanctuary Kafe menjadi saksi pertemuan mereka.

Atas dasar simpati, Ash memberi Aish pekerjaan dan tempat tinggal sementara. Kerana tertekan untuk membayar sewa rumah, Aish secara berseloroh menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Ash supaya dia tidak perlu bersusah payah menyewa rumah lagi!

Jodoh rahsia Allah, akhirnya perkahwinan mereka dibina atas rasa simpati dan niat Ash untuk melindungi Aish. Walaupun hanya dianggap sebagai pembantu, tetapi sikap Aish yang gila-gila dan manis, menawan hati Ash. Sedangkan Aish terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak tahu puncanya.

Lagipun, mereka tidur berasingan... tetapi sebagai isteri tanpa cinta, Aish bahagia menumpang kasih keluarga barunya - Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul.

Cinta mereka bersemi apabila mereka berkahwin. Dalam diam mula suka dan menyulam bait-bait cinta. Ash ingin melindungi Aish, tetapi tanpa diduga dia telah jatuh cinta dengan wanita itu. Walaupun serius, Ash sangat penyayang dan mengambil berat tentang Aish.

Sesuatu yang perlu diketahui tentang diri Aish ialah dia seorang wanita yang hijabnya terbuka dan mempunyai kebolehan melihat roh.

Apabila hubungannya dengan Ash semakin kukuh, insiden kemalangan malang menimpa Ash - halangan yang mengancam cinta yang sedang mekar antara mereka.

Walaupun sedang koma, 'Ash' yang satu lagi datang menemani diri Aish.

“Kenapa awak boleh nampak saya?” ~ Ash

“Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak.” ~ Aish

“I saw your worst but I still stay”.

   

Baca: Biodata : 10 Fakta Pelakon Siti Khadijah Halim Yang Ramai Tak Tahu!

ash dan aish episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Drama ‘Ash & Aish’ mengangkat dua orang pelakon muda iaitu Meerqeen dan Siti Khadijah Halim, sebagai tonggak utama, didukung bersama oleh barisan pelakon hebat, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Idzham Ismail, Norreen Iman, Asha Merican, Zainol Macwilson, Nada Nur Syuhada, Adiba Yunus, Zarina Zainuddin, Arash Mohd, Jaja Iliyes, Kuza Muzani, Syahir Shafein, Andy Teh, Harissa Adlynn Halim, Maya Jaafar, Zizi Hazirah dan Kiky Hannah.

Watak Pelakon

Meerqeen sebagai Ashrafi / Ash

Siti Khadijah Halim sebagai Aisha / Aish

Anna Jobling sebagai Delila

   

sinopsis ash dan aish

Kredit foto: Instagram Maya Adira

Pengarah Dan Syarikat Produksi  

Drama Ash Dan Aish ini dihasilkan oleh pengarah Helmi Yusof, direalisasikan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan penulis skrip terkenal, Nieza Nahar.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Fieya Julia - Halusinasi (Official Music Video)

Tajuk: Halusinasi

Penyanyi: Fieya Julia

Komposer: Fieya Julia

Penulis lirik: Fieya Julia

Tajuk: Setia

Penyanyi: Elizabeth Tan & Faizal Tahir

Komposer & Penulis lirik: Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong

   

pelakon ash dan aish

Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

Waktu Siaran

20 episodnya ditayangkan secara eksklusif di slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104) mulai 10 Ogos 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Kandungan ini juga boleh dinikmati secara online pada aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand, akses percuma secara eksklusif untuk pelanggan Astro sebagai sebahagian daripada langganan mereka.

   

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Ash & Aish Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)