Sumber foto: hyebro.com
Pelakon dan pelawak terkenal, Imuda yang kini berusia 57 tahun disahkan dikurniakan anak yang keempat. Isterinya, Zabarina Ali selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Adventist Pulau Pinang pada Ahad yang lepas jam 8.08 malam.
Alhamdulillah pada usia begini saya masih berpeluang menimang zuriat. Ini rezeki daripada Allah SWT.
Mungkin ada yang bertanya dan mempertikaikan usia saya. Bagi saya, tidak salah dapat anak lagi pada usia ini apatah lagi isteri saya masih 30-an.
Bukan itu sahaja, bayi tersebut juga merupakan cucu perempuan sulung keluarga isterinya yang cukup menggembirakan bapa mentuanya yang sekian lama memasang impian untuk dikurniakan cucu perempuan sementelah mempunyai enam cucu lelaki.
Bayi ini hadiah tidak ternilai buat kami semua dan mungkin juga pengganti selepas isteri dua kali keguguran.
Malah doktor memaklumkan kandungan sebelum ini kembar.
Sebelum ini, Imuda pernah dikurniakan dua cahaya mata bersama bekas isteri pertama yang masing-masing sudah berumur 22 dan 16 tahun. Sementara itu, Imuda turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun hasil perkahwinannya dengan Zabarina.
Kredit foto: Facebook.com/senjata.fakir.7
Sumber berita: Harian Metro Online