Kredit foto: Sinar Harian

Tahniah diucapkan kepada ibu aktres Zahirah Macwilson, Maslinda Yusof, 44, yang dikhabarkan telah selamat melangsungkan pernikahan pada 24 Mac lalu.

Maslinda memilih Hairul Azni Bendiamin, 48, seorang duda anak tiga, juga warga Singapura, sebagai teman hidupnya.

Dalam kenyataannya kepada portal Sinar Harian, Mazlinda mengucapkan kesyukuran kerana majlis yang dirancang berjaya disempurnakan dengan baik.

ibu zahirah macwilson bernikah 2

Kredit foto: Sinar Harian

"Alhamdulillah segala berjalan lancar. Majlis pernikahan serba sederhana ini dilangsungkan di Masjid Hepburn, Perth, Australia.

"Suami berkerja sebagai technician engineer di syarikat penerbangan SIA. InsyaALLAH selepas ini suami akan turut menetap di Perth," katanya.

Bagaimana pula penerimaan Zahirah, Maslinda berkata, anaknya itu tumpang seronok mendapat tahu dia kini sudah berpunya.

Untuk rekod, Maslinda terlebih dahulu mendirikan rumah tangga dengan aktor dan bekas penyampai berita TV3, Zainol Macwilson sebelum bercerai pada 9 November 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Manakala Zainol turut berkahwin buat kali kedua pada Jun 2016 dalam sebuah majlis yang dilangsungkan secara rahsia, bertempat di Kangar, Perlis.




Hakcipta iluminasi.com (2017)