Menurut kajian. secara puratanya kita memerlukan 5 saat minima untuk membalas mesej whatsapp atau status Facebook melalui telefon.
Jika sebuah kereta bergerak selaju 70km/j dalam 5 saat, kereta itu sebenarnya sedang bergerak merentasi jarak sebuah padang bola, tanpa pemandu itu mampu memberikan fokus dan menumpukan perhatian.
BESARKAN TEKS A- A+
Anda bayangkanlah, jarak yang kita lalui sama dengan jarak sebuah padang bola. Jauh tak jauh jaraknya, cuma kita tak sedar kerana mata kita fokus pada skrin telefon.
Dalam 5 saat macam-macam boleh jadi. Emak hilang anak, adik hilang abang, kakak hilang adik.Kita pula, boleh hilang masa depan.
Minta tolong letaklah telefon dalam glove box ketika memandu kereta. Yang bawa motor, berhentilah dulu sebelum membuat apa-apa berkaitan telefon. Atas jalan, hidup orang lain jauh lebih penting dari urusan kita.