Bagi setiap ganjaran, pasti ada harga yang perlu dibayar. Tiada apa yang datang bergolek di dalam dunia ini. Begitulah yang terjadi di negara matahari terbit ini, Jepun. Disebalik kemajuan dan taraf hidup yang tinggi, terdapat satu kemunduran yang terhasil dalam masyarakat Jepun. Iaitu kemunduran ketenangan jiwa. Teknologi yang semakin membangun seakan-akan memaksa rakyat Jepun untuk bekerja lebih keras, sehinggakan mengorbankan nyawa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di antara negara-negara yang mempunyai waktu bekerja paling panjang di dunia, Jepun adalah salah satu daripadanya. Mereka bekerja terlalu keras sehingga menyebabkan kematian. 

Kerja tanpa had

Setelah tamat daripada pengajian di universiti, anak tunggal Michiyo Nishigaki, Naoya mendapat tempat bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi besar di Jepun. Anak kebanggaan ibunya ini sangat meminati komputer dan ia adalah satu peluang keemasan baginya bagi peluang pekerja graduan yang sangat kompetetif di Jepun.

dbbae9b2602f6c0259f9d6febe25d569

Namun Michiyo mendapati anaknya mula berkelakuan aneh selepas dua tahun bekerja. Naoya terlalu kerap memberitahu bahawa dia sibuk dan dia baik-baik saja. Namun ketika pulang ke rumah untuk menghadiri majlis pengebumian datuknya, anak muda itu tidak dapat bangun dari katil dan berkata kepada ibunya, "Bagi saya tidur kejap, saya tak dapat bangun. Maaf, ibu, biarkan saya tidur," 

Michiyo menyelidik mengenai hal itu kerana risaukan anaknya dan mendapati bahawa Naoya bekerja terlalu kuat sehinggakan tiada masa untuk berehat. Michiyo memberitahu bahawa Naoya biasanya kerja sehingga ke lewat malam dan mendapatkan tren terakhir untuk pulang ke rumah. Namun, Naoya akan tidur di meja pejabatnya jika terlepas tren. Apa yang lebih teruk lagi adalah dia akan bekerja sehingga malam, keesokan hari tersebut. Jika dihitung, jumlah waktu kerjanya adalah 37 jam. 

working2

Nasib tidak menyebelahi anak muda Jepun itu, dia akhirnya meninggal dunia akibat pengambilan ubatan berlebihan, pada usia yang muda, 27 tahun. Di Jepun, kematian disebabkan kerja seolah-olah menjadi kelaziman, dan terma "karoshi" diberikan kepada kes ini.

Karoshi ini bukan lah fenomena yang baru, ia bermula dari tahun 1960 lagi. Namun disebabkan kes-kes berprofil tinggi membuatkan ia mendapat perhatian kembali. Jika anda pernah terbaca atau terdengar, seorang pekerja wanita bernama Matsuri Takahashi yang bekerja di syarikat pengiklanan Jepun, Dentsu, telah membunuh diri dengan menerjun dari bangunan, pada Hari Krismas 2015. Kematiannya dikaitkan dengan Matsuri yang dilaporkan telah bekerja overtime melebihi 100 jam sebulan dan tidak cukup tidur.

Akibat daripada kejadian itu, presiden syarikat Dentsu tersebut, Tadashi Ishii, telah meletakkan jawatan.

Kelaziman di negara matahari terbit

timthumb 332

Menurut seorang pekerja yang bekerja di syarikat Posse, Makoto Iwahashi. ia bukanlah perkara yang aneh untuk bekerja sebegitu teruk, lebih-lebih lagi bagi syarikat yang baru bertapak. Bekerja sebagai pegawai di syarikat yang menyediakan "helpline" bagi pekerja-pekerja muda, ia adalah lazim jika mendapat panggilan dan ianya berkenaan dengan rungutan akibat kerja lebih masa. Jaminan pekerjaan yang semakin merosot juga mengeruhkan lagi keadaan.

"Ia sangat menyedihkan kerana pekerja-pekerja muda ini beranggapan seolah-olah mereka tiada pilihan lain. Jika mereka bekerja mereka harus bekerja overtime masa, namun jika mereka tidak bekerja, bagaimana mereka nak teruskan kehidupan," kata Makoto Iwahashi.

Menjadi satu budaya tegar

0127n overtime article main image

Syarikat-syarikat di Jepun dikatakan hampir suku daripadanya mempunyai pekerja yang bekerja overtime sebanyak 80 jam sebulan yang biasanya tidak dibayar dan 12% daripaa mereka melebihi 100 jam sebulan. Jika anda bekerja overtime melebihi 80 jam sebulan itu sahaja sudah dikira melebihi had yang akan meningkatkan risiko untuk mati.

Usaha mengatasi masalah karoshi

p10 bilingual a 20160614

Bagi menurunkan statistik kematian akibat bekerja overtime, kerajaan Jepun telah memperkenalkan "Premium Fridays" di mana menggalakkan syarikat-syarikat untuk membenarkan para pekerja untuk pulang lebih awal iaitu paa jam 3 petang bagi hari Jumaat terakhir setiap bulan. Kerajaan juga mengesyorkan pekerja Jepun untuk mengambil cuti yang lebih untuk berehat. Para pekerja berhak untuk mengambil 20 hari cuti dalam sebulan namun 35% daripada pekerja langsung tidak mengambil cuti.

Langkah yang telah diambil oleh sebuah syarikat kerajaan di Toshima, Tokyo patut menjadi contoh kepada smua apabila mereka mengambil langkah untuk memadamkan lampu di pejabat pada jam 7 petang dalam usaha untuk memaksa pekerja-pekerja untuk pulang ke rumah. Mereka mahu melakukan sesuatu yang boleh dilihat oleh semua orang, menurut pengurusnya, Hitoshi Ueno. Menurutnya lagi, ia bukan sahaja mengenai kerja kurang masa, mereka mahu para pekerja untuk menjadi lebih efisyen dan produktif, jadi dengan berehat yang cukup dapat memastikan semua orang menikmati masa mereka. Mereka juga mahu mengubah suasana kerja sepenuhnya.

Bersederhana

working1

Oleh kerana itu, kita diajar untuk sentiasa bersederhana dalam melakukan setiap perkara. Bukan sahaja dalam bekerja, beribadah juga perlu kesederhanaan. Hidup ini terlalu singkat untuk mengejar sesuatu yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Lihat dan pertimbangkan apa yang lebih penting, dan susun keperluan dengan baik. Bekerja sehingga menyebabkan maut adalah sama sekali tidak berbaloi.

Berapa jam anda bekerja overtime dalam sebulan? Adakah anda berasa letih dan tak tahan? Syukurlah Malaysia masih aman.

Wallahualam.

Sumber : BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)