Sumber foto: Astro Awani
Suatu gempa bumi berukuran 7.9 yang menggegarkan Teluk Alaska semalam, membuatkan amaran dikeluarkan tentang jangkaan kejadian tsunami di Kanada dan pantai barat Amerika Syarikat dan sejauh ke Hawaii.
Radio tempatan di pulau Kodiak di Alaska, berdekatan pusat gegaran, menyuruh supaya pendengar menjauhi kawasan pantai.
Memetik pengumuman di radio KMXT, amaran tsunami tersebut bukan latihan. Penduduk diminta supaya pergi ke tempat tinggi, setinggi mungkin. Mereka yang berada di kawasan rendah dinasihatkan untuk mencari tanah tinggi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Gempa bumi, pada mulanya berukuran 8.2, terjadi sekitar 250 kilometer ke tenggara Chiniak, Alaska pada kedalaman 25 kilometer pada pukul 12.31 malam waktu tempatan, ujar Tinjauan Geologi AS (USGS).
"Jika anda berada di kawasan pantai, pergi ke tempat tinggi. Amaran tsunami bermakna ia berkemungkinan berlaku atau sudah pun terjadi," tegas Pejabat Pengurusan Kecemasan Anchorage menerusi amaran untuk Alaska dan British Columbia.