Oleh pada 21 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Kensington Palace

Majlis perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle berlangsung penuh meriah dan gilang-gemilang di Istana Windsor, United Kingdom, kelmarin.

Antara tetamu yang hadir ialah kaum kerabat diraja Britain dan barisan selebriti Hollywood seperti Oprah Winfrey, James Blunt, Sir Elton John, David Beckham dan Victoria. Majlis itu juga dimeriahkan dengan kedatangan lebih 100,000 rakyat jelata.

Meghan Markle tampak begitu anggun dan berseri memakai gaun putih yang menawan hasil rekaan pereka British, Clare Waight Keller. Putera Harry pula kelihatan segak dalam uniform 'frockcoat' berwarna biru.

perkahwinan diraja putera harry dan meghan markle cetus fenomena ditonton 1 9 bilion penduduk dunia 1

Kredit foto: Twitter Clarence House

Perkahwinan melibatkan majlis kerabat diraja Britain itu merupakan kombinasi tradisi diraja British dan glamor Hollywood. 

Sejumlah 1.9 bilion penduduk dari seluruh dunia menonton peristiwa bersejarah tersebut secara langsung. 

Putera Harry atau nama sebenarnya, Henry Charles Albert David merupakan putera kedua hasil perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles.

Meghan Markle pula merupakan seorang aktres terkenal dan aktivis kemanusiaan.

Pasangan diraja itu kini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex, iaitu suatu gelaran yang dianugerahkan oleh Ratu Elizabeth.

perkahwinan diraja putera harry dan meghan markle cetus fenomena ditonton 1 9 bilion penduduk dunia 2

Kredit foto: Instagram The Royal Family

Sumber:

1. Facebook Channel W

2. Facebook Astro Awani [1, 2]

3. Facebook mStar Online

4. Facebook Majalah InTrend

5. Facebook Berita Harian Singapura [1, 2]

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)