Oleh pada 29 Aug 2017 kategori

5 fakta kekayaan sultan brunei haji hassanal bolkiah

Kredit foto: risalahmujahidin.com

Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah pernah dianggap sebagai manusia paling kaya di dunia. Kekayaannya pada awal 1990-an dianggarkan $40 bilion dan beberapa pihak menggunakan angka yang sama untuk menggambarkan nilai bersih (net worth) dan asetnya hari ini. Negara-negara monarki lain seperti Arab Saudi menguasai lebih banyak wang tetapi dianggap sebagai aset negara, manakala harta kekayaan Sultan Brunei lebih seperti aset peribadi walaupun ia secara rasmi milik negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sultan Brunei memperoleh $100 setiap saat daripada pendapatan dan pelaburan minyak. Ini bersamaan dengan sekitar $2 bilion setahun. Nilai bersihnya turun naik dengan ketara bergantung kepada beberapa faktor seperti harga minyak dan gas asli yang merupakan sumber pendapatannya. Kini berusia 71 tahun, Forbes meletakkan beliau sebagai raja keempat terkaya di dunia dengan nilai bersih sebanyak $20 bilion pada tahun 2008. 

1. Memotong rambut dengan harga mencecah $21,000

5 fakta menarik tentang sultan brunei haji hassanal bolkiah 1

Kredit foto: nydailynews.com / EGGITT / AP / AP

 

Harga potongan rambut Sultan Brunei didakwa termahal di dunia bersamaan dengan harga sebuah kereta baru. Pada tahun 2009, Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan lebih $21,000 hanya untuk menggunting rambutnya. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana ia boleh menjadi semahal begitu? Mari kami jelaskan, Sultan Brunei terpaksa menerbangkan pendandan rambut kegemarannya, Ken Modestou dari London hanya untuk rambutnya. Modestou diberi suite peribadi di dalam penerbangan Singapore Airlines untuk memastikan bahawa dia tidak terdedah kepada penyakit selesema babi oleh penumpang lain pada ketika itu.

Modestou memiliki salonnya sendiri bertempat dalam Hotel Dorchester di London. Modestou akan dihantar untuk memotong rambut Sultan Brunei secara kerap, kadang-kadang setiap 3 atau 4 minggu. Sultan Brunei memberikannya penerbangan kelas pertama dengan kos anggaran kira-kira $14,000. Malah, segala-galanya ditanggung termasuk hotel dan makanan mewah. Ia adalah suatu perjanjian yang berterusan.

2. Istana Nurul Iman merupakan istana kediaman terbesar di dunia

5 fakta menarik tentang sultan brunei haji hassanal bolkiah 2

Kredit foto: tripfreakz.com

Istana Nurul Iman adalah kediaman rasmi Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan kerusi pemerintahan Brunei. Terletak di Bandar Seri Begawan, ia dianggap sebagai kediaman peribadi terbesar di dunia dari segi kawasan lantai dengan memperoleh gelaran 'istana kediaman terbesar di dunia' oleh Guinness World Records. Rekaan dalaman Istana Nurul Iman dibuat oleh Khuan Chew yang juga pernah dipertanggungjawabkan mereka bentuk Burj Al Arab di Dubai. Ianya siap dibina pada tahun 1984 dengan kos keseluruhan sekitar $1.4 bilion.

Istana ini mengandungi 1,788 bilik tidur, 257 bilik mandi, sebuah dewan jamuan yang boleh diperluas untuk menampung sehingga 5,000 tetamu, sebuah masjid yang boleh menampung 1,500 orang. Istana ini juga mempunyai garaj 110 buahkereta, rumah kuda berhawa dingin untuk 200 ekor kuda polo kepunyaan Sultan Brunei dan 5 kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mengandungi 2,152,782 kaki persegi ruang lantai. Oleh kerana saiznya yang terlalu besar, Istana Nurul Iman menggunakan 564 lampu chandelier, 51,000 lampu mentol, 44 ruangan tangga dan 18 lif.

3. Memiliki koleksi jet peribadi dilengkapi ruang dalaman emas tulen dan kristal

5 fakta menarik tentang sultan brunei haji hassanal bolkiah 3

Kredit foto: in.news.yahoo.com

Boeing 747-400

boeing 747 400 18

Jet peribadi Sultan Brunei ini iaitu Boeing 747-400 tidak kurang seperti sebuah istana. Ruang tamu, bilik tidur dengan butiran emas dan emas berharga di dalam jet hanya boleh dimiliki oleh orang tertentu. Jet tersebut juga dilengkapi dengan semua kemudahan moden dan mempunyai meja kawalan jauh yang berasingan.

Boeing 767-200

boeing 767 200

Sultan Brunei juga memiliki Boeing 767 yang merupakan pesawat jet bersaiz sederhana, mempunyai badan lebar dan enjin berkembar yang dibina oleh Boeing Commercial Airplanes. Boeing 767-200 direka dengan bilik deluxe termasuk pejabat dengan dalaman yang lengkap. 

Airbus A340-200

airbus a340 200

Tempat duduk Airbus A340-200 boleh memuatkan sehingga 261 penumpang dalam susun atur kabin dalam bentuk tiga kelas yang mempunyai rangkaian 7,450 batu nautika (13,800 km). Jet ini juga satu-satunya versi dengan kelebaran sayap yang lebih besar daripada panjang fiuslaj dan direka untuk laluan jauh dan tipis terutamanya di atas air.

Sultan Brunei juga menempah Boeing 747 yang terdapat beberapa bilik tidur dan kandang supaya beliau bersama kuda polonya dapat berulang-alik antara Britain dan Brunei. Jet tersebut dilaporkan mengerjakan sistem pelupusan air kencing kuda apabila perjanjian itu dibatalkan.

4. Mempunyai salah satu 'garaj kereta' terbesar di muka bumi

5 fakta menarik tentang sultan brunei haji hassanal bolkiah 4

Kredit foto: bornrich.com

The Empire Hotel di Brunei adalah saksi kepada salah sebuah empayar kereta yang amat dasyhat pernah dilihat. Garaj tersebut dengan saiz 5 hangar pesawat yang menyimpan koleksi lebih 7000 kereta terbaik di dunia dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak $5 bilion.

Garaj berkelas rapi ini bagaikan sebuah 'istana kereta' yang mempunyai bahagian berasingan untuk menyimpan pelbagai jenama kereta mewah antaranya seperti Mercedes, Rolls Royce, Lamborghini, Jaguar, BMW, Ferrari, Porsche, Bentley dan lebih lagi. Terdapat beberapa kereta di sini adalah satu seumpamanya di muka bumi seperti the Porsche Carma dan panduan sebelah kanan Mercedes CLKGTR. Beberapa kereta konsep seperti Ferrari Mythos dan Jaguar XJ-220 dengan rekabentuk Pininfarina juga menghiasi garaj tersebut. 

Ironinya, koleksi kereta mewah itu tidak dapat keluar dari garaj tersebut kerana dua sebab. Pertama, sebuah kereta yang diparkir di bahagian belakang sekali mungkin memerlukan hampir 1.5 jam untuk dipandu keluar. Kedua, dengan nisbah lebih daripada 100 buah kereta untuk setiap individu dalam keluarga Sultan Brunei, sebuah kereta barangkali akan digunakan hanya 3 kali setahun.

5. Dokumentari 'The Playboy Sultan' merupakan agenda bagi mencalar imej Sultan Brunei?

5 fakta menarik tentang sultan brunei haji hassanal bolkiah 5

Kredit foto: says.com/my

Sebaik Brunei melaksanakan undang-undang shariah, pelbagai cerita yang kurang enak tiba-tiba muncul. Pada tahun 2015, seorang wanita dari Amerika Syarikat, Jillian Lauren tampil mendedahkan kehidupannya sebagai perempuan simpanan kepada adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah. Menerusi sebuah dokumentari khas berjudul '60 Minutes: The Playboy Sultan', Jillian sekali lagi menceritakan bagaimana adik-beradik Sultan Brunei yang hidup kaya-raya dan dikelilingi puluhan gadis jelita untuk memuaskan nafsu mereka. Apa yang jelas dokumentari ini seperti sengaja mahu mencetuskan provokasi bahawa undang-undang shariah suatu tindakan yang ganas dan kejam.

Apa yang lebih mengejutkan, dokumentari ini juga melaporkan obsesi seksual terlampau dan pelik yang dimiliki oleh adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah. Putera Jefri dikatakan memiliki sebuah kapal layar mewah dengan nama 'TITS' dan terdapat 2 bulatan pada bahagian atas yang diberi nama 'Nipple 1' dan 'Nipple 2'. Putera Jefri juga didakwa mengabadikan 4 patung berupa dirinya sendiri dan juga bekas tunang, Micha Raines melakukan pelbagai posisi seksual di salah sebuah kediaman miliknya di Long Island, New York.

Selain itu, anak Sultan Brunei, Putera Azim turut terkena tempias apabila kehidupan sosialnya bersama artis terkenal Hollywood seperti Mariah Carey, Pamela Anderson, Scarlett Johansson dan ramai lagi turut dijadikan bahan cerita.


Sultan Brunei memegang gelaran orang terkaya dunia selama bertahun-tahun sehingga ianya diambil alih oleh Bill Gates. Menjelang akhir tahun 1990-an Sultan Brunei telah jatuh ke nombor 3 akibat kejatuhan harga minyak dan perbelanjaan secara membazir oleh adiknya Prince Jefri. Pada awal tahun 2000-an, kekayaannya dianggar tiga perempat daripada apa yang dia pernah punyai suatu ketika dahulu.

Namun disebalik semua ini, Sultan Brunei juga dikenali dengan sifatnya yang pemurah. Sebagai contoh, beliau telah menggunakan wangnya sendiri untuk membantu menaikkan mata wang dan pasaran saham di Singapura dan Malaysia semasa krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 hingga 1998. Dia juga dilaporkan menjual sekurang-kurangnya $300 juta asetnya untuk membuat pinjaman kepada negara-negara jiran Asia Tenggaranya.

Rujukan:

1.    nydailynews.com

2    wikipedia.org

3.    bornrich.com

4.    factsanddetails.com

5.    says.com/my

6.    forbes.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)