Kredit foto: Instagram @emy_joharockstar

Penyanyi terkenal, Ara Johari yang merupakan antara sahabat Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau Emy sewaktu menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia (AF) 2016, akui terkesan dengan pemergian arwah.

Walaupun berpeluang untuk berkawan dalam tempoh yang singkat, namun Emy yang dikenali Ara dianggapnya tak ubah bak abang kandung sendiri.

Ara, 21, mendedahkan luahan perasaannya menerusi akaun Instagram peribadinya.

"AL-FATIHAH. Aku kenal kau masa 2016. Kita sama sama AF dulu.

"Walaupun kau masuk AF tak sampai tiga minggu, tapi kita semua rapat sangat. Aku dah anggap kau mcm abang aku dah," katanya dalam sebuah kiriman.

Kata Ara lagi, dia tidak menyangka pertemuan terakhirnya bersama arwah baru-baru ini merupakan momen terakhir mereka.

Pada pertemuan awal, Ara menyifatkan Emy sebagai seorang lelaki yang pendiam dan tidak banyak bercakap.

emy akademi fantasia 2016 maut ini pendedahan ara johari 2

Kredit foto: Instagram @emy_joharockstar

"Walaupun masa mula mula kau pendiam. Aku rasa mcm baru saja jumpa kau hari itu.

"Tapi aku tak tahu pula itu kali terakhir aku jumpa kau and gelak sama dengan kau," katanya.

Di kesempatan sama, Ara yang terkenal dengan lagu Bunga itu memohon doa agar roh sahabatnya berada dalam keadaan tenang.

"Semoga kau tenang kat sana wahai sahabat! Aku kirim doa untuk kau di sana. Takziah untuk keluarga @emy_joharockstar," tulisnya lagi.

Terdahulu, Emy maut selepas terlibat dalam sebuah kemalangan melibatkan motosikal berkuasa tingginya yang bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tamparuli-Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, Tuaran, lingkungan pukul 1 tengah hari, semalam. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)