Tak usah diperkenalkan lagi, hampir seluruh dunia mengenali siapa jejaka ini. Beliau boleh dikatakan penyanyi pop yang paling terkenal dalam sejarah. Lagu-lagunya kedengaran di corong-corong radio setiap hari dan menjadi siulan setiap kategori umur.
Beliau bukan sahaja menjadi kegilaan dan pujaan gadis-gadis belasan tahun, malah menjadi idola kepada jejaka juga. Tiket konsertnya habis dijual hanya dalam beberapa minit.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, disebalik kejayaan yang dikecapi Ed, beliau telah menempuhi hari-hari yang sangat getir yang tak semua mampu melaluinya.
Ed Sheeran lahir pada 17 Februari 1991 di Halifax, England dan dibesarkan di Suffolk. Ed Sheeran menganggap dirinya sebagai seorang yang pelik sejak kecil.
Lahir dengan tompok pada wajahnya sebagai tanda lahir membuatkan beliau terpaksa menjalani pembedahan.
Pembedahan itu tidak berjalan dengan baik kerana kecuaian pihak hospital terlupa memberikan suntikan bius. Hasilnya, Ed menjadi gagap dan sukar untuk berucap seperti kanak-kanak normal.
Matanya juga menjadi layu secara kekal. Beliau diarahkan memakai kacamata diberikan pihak hospital yang membuatkan Ed kelihatan sangat nerd.
Tak cukup dengan itu, Ed juga dilahirkan dengan kekurangan gegendang telinga pada salah satu telinganya.
Bagi membaikpulih masalah yang dialami, Ed terpaksa menghadiri kelas terapi. Beliau agak aktif dan sering mengangkat tangan bagi menjawab soalan yang ditanyakan. Namun setiap kali Ed mahu bercakap, mulutnya kaku dan tak mampu menyebut sebarang perkataan. Kanak-kanak lain mula mengejeknya membuatkan beliau tidak lagi mahu mengikuti kelas.
Masalah itu tidak membuatkan beliau patah semangat. Beliau mula menyanyi di gereja dan bagi Ed, bermain gitar di dalam biliknya berseorangan adalah satu-satunya ketika dimana beliau mampu mengawal dirinya.
Namun terapi tersebut tidak memberikan perubahan kepada Ed. Pada suatu hari, bapanya yang mengetahui beliau meminati muzik, telah melakukan sesuatu yang bakal mengubah hidupnya selamanya.
Ed yang dibelikan album Eminem amat kagum dengan teknik rap Eminem yang tersangat pantas dan cuba untuk meniru. Beliau mula mempelajari setiap perkataan dalam lirik lagu-lagu Eminem, dan mula menulis muzik dan lirik sendiri.
Dan tanpa disedari, masalah gagapnya lenyap begitu sahaja, membuatkan beliau berasakan ditakdirkan untuk menjadi seorang pemuzik. Pada tahun 2004 ketika berusia 13 tahun, Ed mula melakukan persembahan di kelab-kelab pada waktu malam.
Ed melakukan 12 persembahan dalam masa seminggu, untuk tempoh 4 tahun. Ketika itu, beliau tidak pulang ke rumah dan kebanyakan masanya habis dijalanan. Pernah satu ketika beliau tidur di stesen keretapi bawah tanah dan di hadapan Istana Buckingham.
Ed juga pernah mengalami saat-saat dimana beliau tidak mempunyai wang dan makanan. Saat-saat getir ini membuatkannya berasa ingin putus asa, namun semangatnya masih utuh. Beliau berasakan dirinya harus berhijrah ke Amerika Syarikat untuk berjaya dalam industri muzik. Tanpa membuang masa, beliau berhijrah ke Los Angeles walaupun mengetahui tiada tempat berteduh dan melelapkan mata.
Ed mula menghantar muziknya kepada mereka yang sudi mendengar, namun tiada jawapan dari mana-mana pihak. Sehinggalah pada suatu hari, pada tahun 2010, beliau dijemput untuk melakukan persembahan di sebuah kelab kepunyaan seorang pengacara radio tempatan, Jamie Foxx.
Jamie mengarahkan Ed untuk naik ke pentas untuk melakukan persembahan. Dengan gemuruhnya, Ed memulakan persembahan. Penonton mula tersenyum melihat persembahan Ed, dan 12 minit kemudian, mereka semua bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Kagum dan terkesan dengan persembahan tersebut, Jamie menawarkan Ed untuk tinggal di rumahnya, dan membenarkan beliau untuk menggunakan studio rakamannya.
Tak lama kemudian, beliau mendapat satu panggilan daripada seorang penyanyi, dan ditawarkan untuk mengikut jelajah muzik. Penyanyi tersebut tak lain tak bukan adalah Taylor Swift.
Selepas bertahun-tahun bekerja keras, akhrinya Ed berjaya menembusi industri muzik seperti yang dicitakannya. Albumnya yang berjudul "X" berada di tangga teratas di 14 buah negara, dan lagu-lagu serta video-videonya didengari dan ditonton berbilion-bilion kali di Spotify dan Youtube.
Bagi seorang yang hanya mempunyai satu gegendang telinga, ia tersangat bermakna. Menurut Ed, walaupun beliau pernah dianugerahkan 2 Anugerah Grammy, namun anugerah yang paling bermakna baginya adalah meningkatkan kesedaran terhadap masalah gagap.
Dalam satu ucapan, Ed berkata :
"Saya ingin menegaskan kepada kanak-kanak, supaya jadi diri sendiri kerana tiada siapa yang mampu menjadi diri anda, kecuali anda. Dan jika anda cuba untuk menjadi kanak-kanak yang kelihatan cool, akhinya anda akan kelihatan sebagai seorang yang bosan. Jadi diri sendiri, menjadi lain daripada yang lain adalah sesuatu yang indah,".
P/S : Jangan sesekali pandang rendah pada kekurangan orang lain, kerana setiap kekurangan ada kelebihan.