Kredit foto: Youtube THR Gegar & encikshino.com

Penyanyi Syamel menafikan dakwaan yang mengatakan badannya makin susut kerana terkena penyakit, sabaliknya ia adalah atas kehendaknya sendiri yang ingin menurunkan berat badan.

Menurut Syamel, niatnya hanyalah ingin memantapkan stamina demi kebaikan kerjaya seninya sebagai penyanyi. 

Malah  sehingga kini dia telah berjaya melupuskan 12 kilogram dalam masa beberapa bulan hasil gaya kehidupan sihat yang diamalkan.

dikatakan kurus kerana sakit ini jawab syamel 2

Kredit foto: Utusan Online

Dulu berat saya 95kg tapi lepas saya jalani rutin diet yang betul dan sering berkunjung ke pusat gimnasium, kini berat saya telah turun ke 83 kg. Ini inisiatif saya sendiri bukan atas desakan sesiapa sebab saya pun teringin nak pakai baju selesa dan cantik macam orang lain.
Sumber: Utusan Online

Antara cabaran terbesar untuk menurunkan berat adalah mengetepikan nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia, justeru Naib Juara Akademi Fantasia 2015 itu bersyukur kerana tidak mempunyai masalah berkaitan. 

dikatakan kurus kerana sakit ini jawab syamel 3

Kredit foto: Instagram Syamel

Saya dah biasa tak makan nasi dan gantikannya dengan oat dan protein. Alhamdulillah, saya bersyukur masa badan masih berisi, peminat tetap beri sokongan pada karier dan dapat menerima saya. 
Sumber: Utusan Online

Tambah penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu, dia kini dalam proses mengejar berat badan ideal iaitu 75 kg. 

Sasaran saya nak capai berat badan ideal iaitu 75 kg. Buat masa ini rutin harian saya memang akan ke gimnasium dan akan ada jurulatih yang memantau sesi latihan itu.
Sumber: Utusan Online

Kami doakan semoga Syamel berjaya melaksanakan misinya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)