Kredit foto: Instagram Dayana Roza
Aktres Dayana Roza akui dia tidak mempunyai kawan untuk keluar bercuti.
Ini berikutan semua temannya sibuk bekerja ketika dia pula mendapat kesempatan untuk bercuti.
"Sedih... Bila nak pergi bercuti, tak ada orang nak teman. Kawan-kawan semua sibuk bekerja, jadi terpaksalah lupakan niat untuk keluar melancong.
"Terpaksalah bercuti dalam Kuala Lumpur sahaja. Takkan nak pergi melancong seorang diri kan? Macam pelik pula!," katanya yang dipetik daripada portal Mstar Online.
Aktres berusia 26 tahun itu memenuhi waktu terluang yang ada dengan melakukan persiapan untuk projek lakonan akan datang.
Tambah bekas peserta program Anak Wayang ini, kelapangan yang diperoleh sekarang amat sesuai untuk menghayati skrip dan watak lakonan.
"Saya baru habis penggambaran drama dan sekarang ni tengah mood bercuti. Waktu lapang begini saya akan gunakan untuk baca skrip dan fahami watak lakonan.
"Kalau bercuti pun, berjalan dekat-dekat sahaja. Lagi pun, ini waktu yang sesuai untuk saya selesaikan beberapa hal peribadi," beritahunya.
Menyentuh pencapaian karier seni pula, Dayana akui dia berpuas hati dengan apa yang telah diraih tahun ini.
Aktres itu menyifatkan cita-citanya untuk bergelar pengacara sudahpun tercapai.
"Awal tahun lalu, saya ada letak target untuk jadi pengacara. Alhamdulillah, ia sudah menjadi realiti.
"Saya cintakan dunia lakonan, namun dalam masa yang sama mahu lebih serius dalam bidang pengacaraan," luahnya.
Dayana yang juga hos rancangan Top 5 Makan akan mula memasuki set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf terbitan JS Pictures, arahan sutradara Jinggo.
Drama itu antara lain menampilkan pelakon Elvina Mohamad, Redza Rosli, Janna Nick dan Shah Jaszle.
Sumber berita: Mstar