Oleh pada 10 Jun 2017 kategori

saintis islam 1lh64

Pastinya anda kenal dengan nama-nama ini iaitu Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Khindi, Ibn al-Nafis dan ramai lagi. Nama mereka ini tidak asing lagi dalam dunia Sains antarabangsa. Sejak kedatangan Islam, orang Islam bukan sahaja memerintah dunia malah saintis Islam turut mempelopori dalam bidang sains seperti kimia, biologi, matematik, geografi dan banyak lagi. Pelbagai ciptaan telah dicipta oleh saintis-saintis ini yang telah mengubah dunia ke tahap yang lebih baik dan digunakan sehingga ke hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

saintis islam

Bagi memperingati saintis-saintis Islam ini, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 14 ciptaan saintis Islam yang telah mengubah dunia.

1. Berus gigi

berus gigi 1lh7

Sedar tak sedar, orang pertama yang mencipta berus gigi adalah penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang sangat sukakan kebersihan sehingga diceritakan oleh Abu Malik al-Haris ibn 'Asim al-Asy'ari, baginda bersabda :

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir AlhamduliLlah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solah itu adalah cahaya. Sadaqah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan (memelihara) dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya,"

miswak

Baginda merupakan insan yang pertama menggunakan kayu sugi daripada pokok Miswak sebagai berus gigi untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas baginda. Perbuatan itu kemudiannya dijadikan sebagai asas dalam penciptaan berus gigi. Kebaikan kayu Miswak dijadikan berus gigi kerana keberkesannya dalam menentang penghasilan plak dan jangkitan kuman. Ekstrak daripada Miswak dibuktikan 20 kali ganda lebih berkesan daripada pudina biasa menurut kajian pada 2007, oleh itu ia masih digunakan sehingga ke hari ini dan juga terdapat ubat gigi yang diperbuat daripada bahan dari pokok Miswak.

2. Kriptografi

kriptografi

Siapa ahli IT mesti familiar dengan cryptography kan? Teknik menulis dan menyelesaikan kod-kod ini kelihatan seperti moden tetapi sebenarnya ia sudah berumur ribuan tahun. Dalam risalahnya yang bertajuk "Sebuah manuskrip dalam mentafsir mesej kriptografi", ahli matematik Arab, Al-Khindi menerangkan bagaimana pembacaan tulisan rahsia dilakukan. Beliau merupakan orang yang pertama memberikan penerangan berkenaan kriptografi. Dalam risalahnya itu, beliau juga menghuraikan kaedah analisis kekerapan yang pertama di dunia. 

3. Algebra

mat117 378x225

Bila cakap pasal algebra, teringatkan subjek matematik tambahan. Sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan serba canggih ini. Tanpa menyedari kepentingannya, kita menggunakan algebra setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Al-Khwarizmi merupakan ahli matematik Islam yang pertama sekali mencipta Algebra. Ahli matematik Islam yang terkenal di seluruh dunia ini juga adalah orang yang pertama memberikan idea penggunaan nombor.

Selain itu, Al-Khayyam dan Sharaf al-Din al-Tussi juga menyumbangkan dalam bidang matematik dengan memperkenalkan geometri algebgra dan menyelesaikan persamaan kubik. Sumbangan mereka tidak terhenti setakat itu sahaja dengan memperkenalkan sistem pernomboran berangka oleh Al-Khwarizmi dan Al-Khindi. Hebat kan?

4. Perederan darah dalam jantung

peredaran darah

Pakar perubatan dari Greek adalah orang pertama yang mengkaji peredaran darah yang mengatakan darah mengalir dari kanak ke ventrikel kiri jantung melalui laluan septum. Namun teori itu telah dibuktikan salah oleh ahli perubatan Syria, Ibn al-Nafis dengan ramalannya yang tepat mengatakan bahawa darah bergerak dari kanan ke ventrikel kiri melalui paru-paru. Tambah beliau lagi, darah yang melalui paru-paru itu dicuci untuk digunakan kembali oleh badan. Teori oleh Ibnu al-Nafis tidak diberi perhatian sehinggalah abad ke-20.

5. Penapisan

penapisan

Saintis pertama yang memperkenalkan proses penapisan yang memisahkan beberapa jenis cecair merupakan ahli kimia Islam terkemuka dan diberi gelaran "Bapa Kimia" iaitu Jabir ibn Hayyan. Proses penapisan alkemi yang sangat berguna dan digunakan secara meluas sehingga ke hari ini seperti penyejatan, penapisan, penulenan, pengoksidaan dan penghabluran diperkenalkan oleh beliau. 

6. Kapal selam

kapal selam

Ketika dalam pemerintahan empayar Ottoman, Ibrahim Efendi seorang arkitek Islam telah mencipta kapal selam pertama di dunia yang diberi nama "Tahtelbahir" pada tahun 1720. Seorang yang bernama Humayun iaitu penulis Ottoman membandingkan kapal selam ini dengan seekor buaya. Beliau menerangkan dengan berkata kapal selam itu seumpama seekor buaya dalam bentuk mesin yang boleh tenggelam ke dalam air dan mereka yang berada di dalamnya bernafas melalui paip. Selepas setengah jam di dalam air, mesin itu kemudiannya timbul semula ke dasar air lalu keluarlah mereka yang di dalam.

7. Tempoh tahun solar

tahun solar

Orang pertama yang berjaya mengira tempoh tahun solar adalah ahli astronomi Islam yang bernama Al-Battani. Penemuan inilah yang memberikan jumlah hari dalam setahun sebanyak 365.25 yang kita lalui sekarang. Selain itu, sumbangannya sangat besar kepada umat Islam seluruh dunia apabila beliau menemukan cara untuk menentukan arah kiblah dengan menggunakan jadual astronomi dan angka. Bukan itu sahaja, Al-Battani juga meramalkan pergerakan matahari, bulan dan juga planet-planet lain dalam sistem solar.

8. Pembedahan

pembedahan

Al-Zahrawi merupakan seorang pakar bedah Islam yang telah memperkenalkan pembedahan kepada dunia. Digelar sebagai bapa pembedahan, doktor hebat ini telah mencipta beratus-ratus peralatan bedah yang antaranya masih kekal digunakan sehingga kini dalam pembedahan moden seperti gunting tepat, jarum, gergaji tulang dan banyak lagi. Buku perubatan yang sangat terkenal dan berpengaruh dalam bidang perubatan iaitu Kitab Al-Tasrif yang merangkumi rawatan beratus-ratus penyakit dan pelbagai kaedah pembedahan ditulis oleh saintis Islam ini.

9. Vaksinasi dan ubatan

vaksin

Teknik inokulasi atau vaksinasi yang dikatakan telah dicipta oleh Edward Jenner dan Louis Pasteur adalah tidak benar. Ia sebenarnya dicipta oleh saintis Islam untuk merawat penyakit cacar di Turki yang kemudiannya diperkenalkan ke Eropah oleh orang Turki. Cacar lembu digunakan untuk memvaksin kanak-kanak di Turki bagi merawat penyakit cacar 50 tahun sebelum barat menemukan teknik itu.

Saintis Islam juga memperkenalkan proses awal menggunakan tumbuhan sebagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Ibn Sina, seorang saintis terkemuka Islam telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang perubatan dengan bukunya "Al Qanun Fil tibb" yang menerangkan beberapa kaedah farmakologi serta beratus-ratus jenis ubat. Saintis Islam juga mencipta merkurik klorida yang digunakan untuk menyembuhkan luka.

10. Persamaan kuadratik

persamaan kuadratik

Antara sumbangan lain saintis Islam dalam bidang matematik merupakan persamaan kuadratik yang dicipta oleh ahli matematik Parsi iaitu Abul Wafa Buzjani. Beliau juga membangunkan banyak persamaan quadratik lain dan banyak daripadanya masih digunakan sehingga kini. Ilmu matematiknya sangat hebat beliau dapat menyelesaikan 13 bentuk persamaan kubik. Kalau beliau buat matematik tambahan, mesti dapat A++.

11. Hukum pembiasan

pembiasan

Ahli fizik Islam Ibn Sahl merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta hukum Snell yang digunakan untuk mencari hubungan antara sudut tuju dan pembiasan, yang dikenali sebagai hukum pembiasan. Beliau membentangkan pelbagai jenis bentuk kanta yang menumpukan cahaya tanpa penyimpangan geometeri dalam naskahnya "On Burning Mirrors and Lenses". Beliau juga adalah pencipta kanta-kanta Asfera.

12. Kamera pinhole

pinhole camera

Jika anda suka mengambil gambar atau berselfie, anda patut berterima kasih kepada ahli saintis Arab yang bernama Ibn Al Haytham. Beliau bukan sahaja menyumbang dalam bidang matematik, astronomi dan fizik, beliau malah telah memberikan perubahan kepada bidang optik.

Kamera pinhole (kamera dengan aperture pinhole tanpa kanta) dicipta oleh beliau. Kamera yang diciptanya itu menggunakan teknik yang beliau temui ketika membuat kajian menggunakan cahaya yang dipancarkan melalui lubang pada tingkapnya dan membuat kesimpulan bahawa sinar cahaya akan menjadi semakin tajam jika lubang itu semakin kecil. Beliau juga membuktikan bahawa sinar cahaya bukan meninggalkan mata sebaliknya masuk ke dalam mata. 

13. Kaca dan kanta

glass vessels

Orang pertama yang mencipta bekas kaca dan kanta pembesar adalah saintis Islam bernamaAbbas Ibn Firnis dan dengan kanta tersebut, beliau mencipta cermin mata. Cermin juga dicipta oleh orang Islam yang kemudiannya dipelajari oleh orang Itali akan teknik pembuatannya pada abad ke-9 dan ke-10.

14. Minyak wangi

minyak wangi 50

Sejak dari zaman dulu iaitu zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi minyak wangi telah digunakan. Biasanya Rasulullah S.A.W akan mempersiapkan dirinya dengan menyapukan minyak wangi yang dikenali sebagai attar dalam bahasa Arab. Ia diperbuat daripada minyak wangi semulajadi dan tumbuhan. Dua orang ahli kimia Arab iaitu Jabir ibn Hayan dan Al-Khindi adalah orang pertama yang membangunkan industri minyak wangi. Kaedah penapisan yang dicipta oleh Jabir telah memudahkan penghasilan minyak wangi manakala Al-Khindi pula menggabungkan beberapa jenis tumbuhan dan herba untuk menghasilkan pelbagai jenis bau dan wangian.

Sumber :

1. Yum To Yikes

2. Islamic Focus

3. Wahai Diri




Hakcipta iluminasi.com (2017)