Pada 23 Ogos 1912, keluarga Dunbar mengadakan lawatan ke Tasik Swayze di Louisiana. Ketika keluarga ini bermain di dalam air, Bobby Dunbar yang hanya berusia 4 tahun, hilang.
Lessie dan Percy Dunbar, ibu dan bapa kepada Bobby mencari di semua tempat namun terpaksa menghubungi pihak berkuasa selepas pencarian gagal.
Polis tempatan dan akhirnya polis negeri, memulakan pencarian di seluruh negeri bagi mencari Bobby.
BESARKAN TEKS A- A+
Mereka menangkap dan membedah buaya-buaya dan melemparkan bom dinamit ke dalam tasik berharap ia akan mengeluarkan mayat Bobby dari air. Namun, semua usaha ini tidak membuahkan hasil.
Kemudian, 8 bulan selepas kehilangan Bobby Dunbar, keluarga Dunbar menerima berita baik di mana seorang budak yang menepati gambaran Bobby telah ditemui di Mississippi, negeri yang terletak bersebelahan dengan Louisiana tempat tinggal mereka.
Seorang lelaki bernama William Cantwell Walters, seorang tukang cuci, telah dilihat bersama kanak-kanak itu.
Apabila pihak berkuasa bertemu dengannya, William mendakwa kanak-kanak itu adalah Charles Bruce Anderson, anak luar nikah adiknya bersama seorang wanita yang pernah bekerja untuk keluarganya, bernama Julia Anderson.
William mendakwa bahawa budak lelaki itu, yang dia dipanggil sebagai Bruce, telah ditinggalkan oleh Julia dalam penjagaannya sementara Julia pergi mencari kerja.
Ramai penduduk di bandar itu menyokong cerita William, tetapi polis masih menangkapnya dan mengambil budak lelaki itu ke jagaan pihak berkuasa.
Pertemuan semula di antara kanak-kanak tersebut dengan keluarga Dunbar masih dipertikaikan hingga ke hari ini.
Satu akhbar mendakwa ia berlaku dengan begitu gembira dan budak itu dengan serta-merta menjerit "Ibu" apabila melihat Lessie Dunbar.
Namun yang lainnya mendakwa bahawa Lessie dan Percy Dunbar teragak-agak untuk mengesahkan bahawa budak itu adalah anak mereka, Bobby.
Keesokan harinya, selepas membawa "Bobby" pulang ke rumah untuk satu malam dan memandikannya, Lessie Dunbar berkata bahawa dia telah mengenalpasti tahi lalat dan parut pada badan budak lelaki itu, mengesahkan bahawa dia adalah anaknya.
Pihak polis kemudiannya membenarkan keluarga Dunbar membawa pulang Bobby terus ke rumah mereka.
Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari Bobby dibawa pulang, Julia Anderson sendiri yang muncul dan menyokong dakwaan William bahawa budak lelaki itu adalah anaknya.
Julia berkata dia membenarkan William untuk menjaga anaknya untuk beberapa hari kerana dia terpaksa keluar mencari kerja. Namun, disebabkan gagal mendapatkan kerja, Julia tidak pulang untuk beberapa bulan.
Polis kemudian memanggil keluarga Dunbars kembali, meminta agar Bobby menjadi sebahagian kanak-kanak yang diletakkan dalam satu barisan bagi melihat sama ada Julia benar-benar mengenali anaknya itu.
Malang sekali, Julia tidak dapat mengenal pasti yang mana satu anaknya dan mengaku bahawa dia tidak pasti.
Bagaimanapun, dia kembali keesokan harinya dengan mendakwa bahawa dia sebenarnya yakin bahawa budak lelaki yang dikenalpasti sebagai Bobby Dunbar sebenarnya adalah anaknya Bruce.
Namun, berita telah tersebar bahawa dia sendiri ragu-ragu pada hari sebelumnya, dan budak itu hidup dengan selesa bersama keluarga Dunbar.
Malah, mahkamah juga teragak-agak untuk membicarakan kes itu semula. Tidak mampu untuk membayar kos perbicaraan, Julia Anderson kembali ke rumahnya di North Carolina, meninggalkan budak itu bersama keluarga Dunbars.
"Bobby" membesar dalam keluarga Dunbar
Dan ketika itu, keluarga Dunbar tersangat yakin bahawa budak tersebut adalah anak mereka, Bobby.
Bobby telah pulang ke rumah dan menyesuaikan diri dengan baik, bermain dengan abang dan adiknya, dan menunjukkan tanda-tanda mengingati kenangan di rumah tersebut.
Disebabkan kes ini, William Walters telah disabitkan dengan penculikan dan dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara kerana jenayahnya sebelum rayuan dilakukan peguamnya.
Disebabkan kos percubaan pertama, mahkamah menolak untuk membicarakannya sekali lagi, sebaliknya melepaskan William. Sehingga akhir hayatnya, William kekal sebagai tidak bersalam dalam kes ini.
Setelah selesai, semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Bobby telah bersatu semula dengan keluarganya dan menyesuaikan diri dengan baik.
Dia membesar dan berkahwin, akhirnya mempunyai 4 orang anak sendiri sebelum kematiannya pada tahun 1966.
Walaupun dia telah diberitahu mengenai peristiwa yang telah berlaku semasa zaman kanak-kanaknya, ahli keluarga menceritakan bahawa Bobby selalu berpendapat bahawa dia tahu siapa dia dan bahawa dia adalah Bobby Dunbar.
Ujian DNA menyelesaikan dan menambahkan misteri
(Margaret Dunbar)
Kemudian pada tahun 2004, Bob Dunbar Jr., anak kepada Bobby Dunbar, bersetuju untuk melakukan ujian DNA.
Anak perempuan Bob Dunbar Jr, Margaret Dunbar Cutright telah menyiasat peristiwa itu dan ingin membuktikan sekali bahawa datuknya adalah Bobby Dunbar.
Untuk melakukan ujian ini, DNA dari Bob Dunbar Jr dibandingkan dengan DNA sepupunya, anak kepada adik Bobby Dunbar.
Dan keputusan ujian itu adalah muktamad dan mengejutkan, di mana Bob Dunbar Jr. langsung tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan sesiapa dalam keluarga Dunbar.
Budak lelaki yang didakwa oleh keluarga Dunbars sebagai Bobby Dunbar selama ini, sebenarnya adalah Bruce, anak lelaki Julia Anderson.
Keluarga Julia Anderson teruja kerana mereka berasakan bahawa ujian tersebut membuktikan dakwaan mereka. Keluarga William Walters juga gembira, kerana keterangannya telah melepaskan tuntutan penculikan terhadap William.
Dan bagi Bobby Dunbar yang sebenar, nasibnya masih belum diketahui. Margaret Dunbar Cutright percaya bahawa budak itu jatuh ke dalam tasik dan sama ada lemas atau dimakan oleh buaya.
Beberapa wartawan berteori bahawa Lessie dan Percy Dunbar telah melakukan sesuatu kepada anak mereka dan telah menggunakan Bruce Anderson untuk menutup perbuatan mereka.
Pihak berkuasa mendakwa bahawa mereka mendapati jejak kaki yang menjauhi tasik dan bahawa mereka mendengar dakwaan dari penduduk tempatan bahawa seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan telah dilihat membawanya pergi, tetapi khabar angin itu tidak pernah disahkan.
Misteri ini tetap tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.