Kredit foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
Siapa Tyra Kamaruzzaman? Tyra merupakan usahawan muda yang mencipta nama dalam dunia perniagaan kosmetik. Dengan latar belakang keluarga yang berkecimpung dalam bidang perniagaan, dia melancarkan jenama kosmetik BeauTyra pada usia yang sangat muda.
Ramai pengikut media sosial, khususnya golongan remaja, mengambil inspirasi daripadanya bukan hanya dalam soal kecantikan malah juga dalam mencuba nasib menceburi bidang perniagaan.
Selain itu, perkahwinannya dengan pereka fesyen tanah air, Emran Rijal turut mendapat perhatian awam.
Biodata
Nama penuh: Athirah binti Kamaruzzaman
Nama komersial: Tyra Kamaruzzaman
Umur: 25 tahun (2024)
Tarikh lahir: 20 Disember 1999
Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu daripada lima orang adik beradik
Pekerjaan: Usahawan, Pempengaruh Media Sosial
Instagram (IG): @tyrakmrzmn
Tiktok: @tyrakmrzmn
Latar Belakang
1. Tyra mencipta nama dalam dunia perniagaan dengan melancarkan jenama kosmetik BeauTyra di usia 19 tahun pada 2018. Dia mempunyai latar belakang keluarga yang berkecimpung dalam bidang perniagaan, dengan bapanya aktif dalam industri hartanah.
2. Hakikatnya, sejak usia 14 tahun, Tyra telah mula menjana pendapatan sendiri menerusi platform Instagram, menerima bayaran untuk pengiklanan produk dan menjadi model jenama. Minatnya dalam solekan berkembang berikutan sering mengikuti tutorial di Youtube.
3. Selepas menerima pendapatan pertamanya, dia mengunjungi kedai kosmetik Sephora untuk membeli peralatan solekan pertamanya. Dari situlah, dia memulakan tekad untuk mempunyai jenama solekannya sendiri.
4. Selepas dua tahun usaha gigih, Tyra berjaya meraih kejayaan dalam perniagaan kosmetiknya, memperoleh keuntungan yang membolehkannya memiliki kereta mewah sendiri.
5. Pada 3 Mei 2024, Tyra sah bergelar isteri kepada pereka fesyen tanah air, Emran Rijal, dalam majlis pernikahan mewah di Boathouse, Kuala Lumpur. Pasangan ini kemudiannya meraikan perkahwinan mereka dalam majlis resepsi yang meriah pada 4 Mei 2024.
6. Enam bulan sebelum itu, mereka telah melangsungkan pertunangan. Hubungan mereka mula diperkatakan oleh netizen sekitar September 2023 apabila sering terlihat bersama.
Fakta Menarik
1. Tyra merupakan anak kepada pasangan Kamaruzzaman (bapa) dan Zulaiha (ibu).
2. Mempunyai ciri-ciri kulit tan dan ketinggian 165 sentimeter (cm).
3. Tidak menerima pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan di institusi tinggi.
4. Pernah berada di bawah naungan syarikat CTDK Holdings yang dimiliki oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
5. Hubungannya dengan keluarga Siti Nurhaliza bermula sejak kecil dan beliau sering menganggap keluarga itu sebagai keluarganya sendiri, bahkan sering melawat rumah mereka sejak zaman sekolah.
6. Bekas kekasih Tyra juga merupakan anak tiri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid.
7. Beautyra pernah berkolaborasi dengan jenama Disney dalam menghasilkan produk kosmetik mereka sendiri, menambah lagi kejayaan jenamanya di pasaran.
8. Walaupun tidak berminat dengan lakonan, Tyra pernah membintangi video muzik 'Sebentar' nyanyian Najmi Niery pada 2023. Walau mendapat tawaran, beliau akui tidak memiliki bakat dalam lakonan dan lebih suka memberi peluang kepada individu yang lebih layak.
*Pada 2023, Beautyra mengumumkan menerusi media sosial bahawa operasinya akhirnya ditutup selepas lima tahun terlibat dalam bidang kosmetik dan wangian.
Pada Mac 2024 pula, jenama kecantikan terbaru diperkenalkan iaitu TK by Tyra.
Baca: Biodata Emran Rijal, 'Owner' Emri Vision, Suami Tyra Kamaruzzaman (Founder BeauTyra)
Foto
Tyra di usia kanak-kanak bersama kakaknya
Tyra dan suami
Kredit foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
Sumber:
1. GLAM Profil: Tyra Kamaruzzaman
2. Mula Cari Duit Sendiri Sejak Usia 14, Kini Tyra Kamaruzzaman Optimis Bina Empayar Niaga
4. “Tiada Dendam, We Keep It Professional” – Tyra Kamaruzzaman Senang Bekerja Dengan Bekas Teman Lelaki
5. Tak lagi bekerjasama, hubungan Tyra dan Siti tetap baik
7. Bekerja Sejak Usia 14 Tahun
8. Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111