Kredit foto: Instagram Upiak Isil Official
Siapa Upiak Isil? Pemilik nama penuh Silvia Nanda ini merupakan penyanyi yang mewakili negara Indonesia dalam penyertaan rancangan realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Pertandingan yang telah memasuki edisi 2021 itu antara lain turut menyenaraikan 12 penyanyi profesional berpengalaman iaitu Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Azan Scan, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Shidee, Datuk Fazley Yaakob, Aliff Aziz (Singapura), Aweera, Saiful Apek & Yassin (Senario) dan Kumpulan Nico.
Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
Biodata
Nama sebenar: Silvia Nanda
Nama pentas: Upiak, Upiak Isil
Umur: 35 tahun (2021)
Tarikh lahir: 24 Disember 1986
Asal / Tempat lahir: Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia
Keluarga: Anak sulung daripada tiga orang adik beradik
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, pelawak
Instagram (IG): @upiak_isil_official
Latar Belakang Dan Fakta Menarik
1. Mempunyai 343,000 pengikut di laman Instagram.
2. Antara lagu hitsnya termasuk Tak Tun Tuang, Kamera Palsu, Halah Halahai dan Bang Ojek (menampilkan Harry Apak).
3. Mula menyanyi sejak usia 13 tahun untuk menyara kehidupan keluarganya yang susah yang mana ketika itu ibu bapanya telah bercerai.
4. Menghasilkan album sulung pada usia 21 tahun.
5. Berkebolehan membawakan pelbagai jenis lagu kecuali yang berbahasa Inggeris.
6. Tidak memaklumkan kepada keluarganya tentang keberadaan dalam pertandingan GV, namun masih berhubung dangan adiknya dan kerapkali mengirimkan duit belanja untuk kegunaan dan keperluan ibunya.
8. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang gemar berdiam diri dan juga pemikir.
9. Pernah direndah-rendahkan pihak tertentu yang menganggap dirinya sebagai penyanyi "lagu orang gila" yang tidak beretika.
10. Hakikatnya Upiak adalah pelantun lagu-lagu serius yang mengangkat karya berkonsepkan cinta dan berbahasa Minang.
11. Sehingga kini beliau telah mempunyai 19 buah album, namun hanya paling dikenali menerusi lagu Tak Tun Tuang.
12. Berkahwin pada tahun 2013, namun penyatuan hidup itu tidak dikurniakan anak. Beliau dan suami kemudiannya bercerai pada 2015 kerana kurangnya keserasian dan dirinya yang tidak disenangi keluarga mentua. Bekas suaminya kini telah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.
13. Pernah berkhidmat sebagai seorang jururawat di sebuah hospital.
14. Pernah membintangi dua buah filem dan satu sinetron Indonesia.
15. Mengikat tali pertunangan dengan kekasih barunya, Dilham pada 27 Julai 2019.
Info Lagu Fenomena, Tak Tun Tuang
1. Tak Tun Tuang bermaksud bunyi pukulan gendang, ciptaan sahabatnya, Ardi Tanjung dan lirik oleh Upiak sendiri.
2. Ia merupakan terbitan tahun 2014 yang dimuatkan dalam album ke-14 Upiak dan hanya popular tiga tahun kemudian.
3. Tak Tun Tuang mewujudkan fenomena luar biasa selepas tular di negara Indonesia, Malaysia dan Thailand.
4. Lagu itu turut memperkenalkan nama penyanyi Andi Bernadee yang membawakannya dalam bentuk saduran.
Baca: Biodata Nikki Palikat, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Bandi Amuk, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Adibah Noor, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Aweera, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Azan Scan, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Suki Low, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Shidee, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Datuk Fazley Yaakob, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Ani Maiyuni, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Saiful Apek, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Yassin (Senario), Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Baca: Biodata Kumpulan Nico, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021
Gambar
Kredit foto: Instagram Upiak Isil Official
Video
Kredit video: Upiak - Tak Tun Tuang (NEW VER.) (Official Music Video)
Sumber:
1. Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun
4. Upiak Isil dah dua bulan tak bercakap dengan keluarga?
5. Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’
6. 'Bukan penyanyi lagu orang gila'
8. Upiak mahu kahwin orang Malaysia
9. Bukan janda kaya, tak akanlah rokok pun minta saya bayar? – Upiak Isil