Kredit foto: Instagram Bandi Amuk
Pertandingan realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza kini memasuki musim yang ke 8 (GV8) dengan penggunaan tagline berbunyi 'Bintang Kembali Menyengat'.
Program yang menjenamakan semula nama-nama penghibur berpengalaman tanah air ini bakal menghimpunkan 13 pesaing utama yang terdiri dari tiga negara serumpun.
Rancangan ini terdahulu pernah mengangkat lapan pemenang juara sepanjang penganjurannya. Mereka ialah juara GV1, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).
Kredit foto: Instagram Ria X
Konsep
Para penyanyi profesional dan berpengalaman luas dalam industri muzik yang ada di antaranya bertaraf 'lagenda' akan menyahut cabaran bertanding dalam sebuah rancangan nyanyian yang mendapat liputan meluas di serata tanah air.
Mereka perlu membawakan genre muzik lagu yang pelbagai di luar lingkungan zon selesa masing-masing.
Seperti kebanyakan program realiti lain, peserta dengan markah terendah tidak terkecuali untuk disingkirkan pada setiap episod.
Kredit foto: Instagram Azan Scan
Peserta
Persaingan pentas berprestij musim ini bakal dihangatkan dengan penyertaan 13 peserta yang merangkumi tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Mereka terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.
Mereka yang terpilih adalah penyanyi Aweera, Adibah Noor, Bandi Amuk, Nikki Palikat, Ani Maiyuni (Ani Mayuni) dan Azan Scan.
Melengkapkan senarai, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Aliff Aziz (Singapura), Suki dan Upiak Isil (Indonesia).
Manakala, mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan adalah pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta kumpulan Nico.
Juri
Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang kembali memegang mandat sebagai juri profesional tetap bersama pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS (Tok Ram).
Turut ditampilkan, guru vokal Syafinaz Selamat bersama seorang juri jemputan mingguan pada setiap episod.
Format Penjurian
GV8 masih meneruskan format penjurian sedia ada iaitu sistem pemarkahan yang terletak 100 peratus di tangan juri profesional.
Kredit foto: Instagram Bandi Amuk
Hadiah
Juara GV8 yang akan diumumkan pada konsert akhir kelak bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000.
Pemenang tempat kedua meraih RM50,000, diikuti tangga ketiga dengan ganjaran RM30,000.
Kedudukan keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan diberi wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Kesemua finalis akhir juga akan dikurniakan sebuah trofi.
Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 1
Penaja
Jenama Farm Fresh meneruskan sokongan sebagai penaja utama GV, dengan kerjasama Digi sebagai Telco rasmi.
Adabi dan CUCKOO hadir memainkan peranan sebagai penaja bersama.
Tempoh Siaran
Mengambil slot pada hari Ahad untuk siaran selama 10 minggu berturut-turut.
Pengacara
Pasangan pengacara dan pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dikekalkan untuk memegang peranan sebagai hos pentas utama program.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Waktu Siaran
Konsert mingguan GV8 bakal dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) mulai 21 November 2021.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, GV8 turut boleh distrim di platform online, aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program ini juga disediakan untuk kandungan digital menerusi 'Gegar Vaganza Live Plus' yang ditayangkan secara serentak ketika malam konsert mingguan berlangsung di www.gempak.com/gegarvaganza.
Kredit video: [LIVE] Gegagr Vaganza 2021 Live + Minggu 1