Biodata
Nama penuh: Nur Fardilla Nadia binti Abu Bakar
Nama pentas: Dia Fadila
Tarikh lahir: 23 September 1984
Umur: 34 tahun
Kelahiran: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi
Media sosial: Instagram @diafadila
Fakta Menarik
1. Anak didik kepada guru vokal dan penyanyi, Syafinaz Selamat.
2. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor dan juga lulusan Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Muzik), Universiti Malaya.
3. Wakil negara dalam pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia pada tahun 1998. Hasilnya beliau menduduki tangga ketiga.
4. Bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Bintang Gala RTM 1999 di mana ketika itu beliau tewas di tangan penyanyi Nur Fatima, dan hanya mampu berpuas hati di tempat kedua.
5. Bagaimanapun rezekinya tidak berakhir di situ apabila penggubah muzik, Jari memperkenalkannya kepada syarikat rakaman Warner Music.
6. Antara pencapaian lain, Dia menjadi juara Bintang MPPJ tahun 1998 dan pemenang Piala Emas untuk kategori Pop & Piala Silver untuk kategori Tradisional sewaktu mewakili negara di ASEAN Golden Melodies Festival 2008.
7. Pemegang trofi kategori Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2005 (APM'05) yang berlangsung di Singapura.
8. Cukup popular dengan lagu Andai dan Aku Masih Setia yang telah meledakkan namanya dalam dunia hiburan.
9. Pada 1 Oktober 2010, beliau mendirikan rumah tangga dengan Redza Tan Sri Dr. Hj Abdullah Sanusi dalam majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Qaseh Dhiya dan Chinta Qadisa.
Foto
Video
Kredit:
1. Wikipedia
3. Astro Gempak
4. Mstar
5. Kosmo