Kredit foto: Instagram @izreen.azminda
Biodata
Nama: Izreen Azminda binti Aznam
Tarikh lahir: 30 Ogos 1985
Umur: 32 tahun
Tempat lahir: Kangar, Perlis, Malaysia
Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Pekerjaan: Pelakon, pelawak dan pengacara televisyen
Tahun aktif: 2005 sehingga kini
Drama popular: Eksperimen Cinta , Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin, Isabella, Juvana, Mendongak Ke Langit, Tentang Dhia dan Penjara.
Perkahwinan: Muhamad Riza Baharudin (2012–2014; bercerai) dan Muhammad Radzi Abdul Wahid (2017 sehingga kini)
Anak: Muhammad Adrian Umar (dilahirkan pada tahun 2013)
Media sosial: Instagram (@izreen.azminda) dan Twitter (@izreenazminda)
Kerjaya
Izreen Azminda Aznam atau lebih popular sebagai Izreen Azminda adalah seorang aktres, pelawak dan pengacara televisyen tempatan. Beliau pernah menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja dan telah membintangi beberapa buah drama, telefilem dan filem.
Izreen juga pernah diberikan kepercayaan untuk menjadi hos bagi program Mahligai Cinta musim ketiga (TV3) dan Layar Kasih (TVi dan RTM).
Izreen pernah menyertai rancangan Gempak Superstar yang disiarkan bermula April 2016. Namun, beliau menjadi peserta yang tersingkir pada minggu keempat bersama aktres Raja Iliya.
Foto terkini
Sumber: