Kredit: Instagram.com/lalalalisa_m
Nama asal: Pranpriya Manobal (kemudian ditukar secara sah kepada Lalisa Manobal atau Manoban)
Tarikh lahir: 27 Mac 1997
Tempat lahir: Buriram, Thailand
Usia: 26 tahun
Ketinggian: 1.67 meter
Pekerjaan: Penyanyi rap, penyanyi dan penari
Tahun mula aktif: 2016
Album solo: Lalisa (2021)
Lagu solo: Lalisa dan Money
Fakta Menarik
1. Belajar menari di usia 4 tahun dan sejak itu mula kerap memasuki pertandingan tarian.
2. Boleh bertutur dalam bahasa Thailand selaku bahasa ibundanya serta pelbagai bahasa lain seperti Korea, Inggeris, Jepun dan Cina.
3. Merupakan satu-satunya individu yang layak daripada seramai 4000 orang calon untuk menempatkan diri dalam industri K-pop.
4. Artis rakaman bukan beretnik Korea pertama di bawah agensinya, YG Entertainment.
5.Pernah berkolaborasi dengan salah seorang idolanya, Taeyang sebagai penari latar untuk sebuah video muzik milik anggota kumpulan BigBang itu pada tahun 2013. Sekitar April lalu, Lisa muncul pula selaku penyanyi undangan menerusi sebuah lagu baru Taeyang berjudul Shoong!.
6. Bergelar selebriti K-pop dengan jumlah pengikut teramai di Instagram sejak tahun 2019.
7. Menjadi penyanyi solo K-pop pertama yang memenangi trofi di acara anugerah tahunan, MTV Video Music Award.
8. Nama saintifik bagi spesies bunga, Friesodielsia lalisae di Thailand dinamakan sempena namanya.
9.Menandingi penyanyi terkenal, Taylor Swift menerusi video muzik lagu debutnya, Lalisa yang berjaya memperoleh jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam untuk seseorang penyanyi solo.
10.Menubuhkan akademi tarian K-pop di tempat kelahiran beliau sebagai salah satu matlamat sebuah program sosial yang disertainya.
Foto Terkini
Sumber:
The Korea Times [BLACKPINK's Lisa to help improve children's education in Thai hometown]
Time [Everything to Know About K-Pop Group Blackpink]
NME [Blackpink's Lisa breaks Taylor Swift's YouTube record with 'Lalisa']
Guinness World Records [Blackpink member Lisa begins solo career by smashing YouTube record]
Kpop Herald [YG Entertainment unveils K-pop group Blackpink]
South China Morning Post [Lisa from Blackpink - Thailand-raised K-pop singer who is the group's main dancer and speaks four languages]
Stylecaster [Blackpink's 4 Members Were Discovered in Completely Different Ways]
SBS [8 songs Blackpink members appeared in before debut]
Star News [[단독] 블랙핑크 리사, 태양 새 앨범 참여..역대급 컬래버 예고]
NME [Watch Taeyang's music video for 'Shoong!' featuring BLACKPINK's Lisa]
MoneyS [What is Blackpink Lisa's Nationality?]
Hallyu K Star ['LISA' YG New Girl Group : ลลิษา มโนบาล กับเรื่องราวที่เล่าโดยพี่สาวถ]
The Straits Times (Singapore) [Blackpink's Lisa changed her name for good luck and it worked]
YG Family [Blackpink]
South China Morning Post [4 reasons why we love Lisa, Blackpink's youngest member]
Khaosod English [Black Pink to Light Bangkok on Fire This Summer]