Kredit foto: Instagram Suhaily Ana , TikTok Auntie Purple , Facebook Suhaily Ana

         

Auntie Purple merupakan salah seorang finalis Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023, dalam kategori Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak, tercalon bersama-sama rakan seperjuangannya, Amin & Abid Othman, Nelysa Norazlan, Che Nom dan Ow To The Zie.

Acara penganugerahan ini bakal berlangsung pada 25 Februari 2024 dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104).

          

Biodata

Nama sebenar: Noor Suhaili binti Mohamed Amin

Nama komersial: Auntie Purple, Suhaily Ana

Umur: 46 tahun (2024)

Tarikh lahir: 24 Ogos 1978

Asal: Gombak, Selangor

Keluarga: Azhan (Suami)

Pendidikan: Institut Kemahiran Mara

Pekerjaan: Personaliti TikTok, Usahawan

Instagram (IG): @auntie_purple248

Tiktok: @auntiepurple248

         

Latar Belakang

1. Dia merupakan pengusaha butik pengantin Sanggar DF Astarina di Gombak, yang merupakan perniagaan keluarganya.

2. Menceburi bidang penghasilan kandungan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2021.

3. Awalnya, dia mencipta video berkaitan persediaan bekalan makanan anak-anak untuk ke sekolah. Selepas itu, tercetuslah idea untuk membuat video transisi berkaitan koleksi baju raya, terutamanya kerana pada tahun 2020, dia tidak dapat menyambut raya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.

4. Bermula dari situ, dia semakin giat menghasilkan video berkaitan dengan fesyen dan kecantikan, sambil memperkenalkan pelbagai koleksi barang miliknya yang kebanyakannya didominasi oleh warna ungu.

5. Kesinambungan dari itu, dia dikenali sebagai 'Auntie Purple' di kalangan pengikutnya disebabkan kecenderungannya mengumpul barang-barang berwarna ungu, warna kegemarannya. Selain daripada perabot rumah, pakaian dan tudung, kereta miliknya serta gaun perkahwinannya yang dipakai hampir 24 tahun lalu turut memperlihatkan pilihan warna ungu.

6. Populariti yang diperoleh membawa kepada seringnya dia menerima undangan untuk berkongsi pengalaman memperkasa wanita, sambil turut diangkat sebagai duta jenama kosmetik tempatan.

7. Pada acara TikTok Awards Malaysia 2023, dia dinamakan sebagai calon dalam kategori Creator Of The Year bersama pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming, Sally Whoo, Ceddy Ang, Boss James dan Lawyer Gandhi.

8. Saat ini, dalam Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), namanya tersenarai sebagai salah seorang finalis Top 5 Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak, bersama dengan pencipta kandungan Amin & Abid Othman, Nelysa Norazlan, Che Nom dan Ow To The Zie.

          

Fakta Menarik

1. Seorang ibu kepada tiga orang anak.

2. Kandungan videonya menyaksikan transisi pakaian, tudung dan koleksi warna ungu, sambil menonjolkan kebolehan penyuntingan yang beraneka yang menjadi ikutan di aplikasi tersebut.

3. Kebanyakan video transisi yang dibuatnya mencapai jutaan tontonan, dengan catatan tertinggi melebihi puluhan juta penonton.

4. Tanpa menggunakan komputer untuk penyuntingan, dia hanya bergantung kepada telefon pintar dengan kerjasama anak sulungnya.

5. Proses pembuatan satu video mengambil masa hampir empat hari, dengan ada persiapan yang bermula dua minggu sebelum penggambaran.

6. Setiap kali Ramadan menjelma, dia akan menyampaikan kandungan '30 hari 30 purple' yang sentiasa menarik perhatian dan mencapai tontonan tinggi.

7. Koleksi pakaian dan barangan rumahnya didominasi oleh warna ungu, mencapai 80 peratus keseluruhannya.

8. Alat pertama yang dibeli dalam warna ungu adalah penapis yang digunakan untuk mencuci sayuran.

9. Warna ungu lavender merupakan pilihan kod warna yang paling diminati.

10. Suaminya, Uncle Purple, juga semakin dikenali selepas muncul di TikTok. Mereka melalui perhubungan jarak jauh (PJJ) selama hampir dua dekad kerana tugasan suaminya di Dubai.

        

Baca: Senarai Calon Top 5, Kategori, Persembahan, Penyampai Trofi, Undian, Tarikh Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro)

        

Foto

auntie purple dulu

auntie purple muda

suhaily ana

anak auntie purple

auntie purple instagram

gempak most wanted awards 78785

auntie purple umur

auntie purple

baju auntie purple

auntie purple wikipedia

auntie purple tiktok

siapa auntie purple

gempak most wanted 2024 41651

suami auntie purple

gempak most wanted award 78495

Seorang suri rumah dahulu, Auntie Purple sekarang telah mampu menjana pendapatan sendiri. Kredit foto: Instagram Suhaily Ana , TikTok Auntie Purple , Facebook Suhaily Ana

       

Video

Kredit video: Jadi Content Creator Bukan Senang! Ayie Mat Piah, Auntie Purple & Nayiiem Give Up? | Motif Trending

         

Sumber:

1. Auntie Purple kalis kecaman

2. Anugerah TikTok gegar Malaysia

3. 'Akulah Auntie Purple...'

4. Majalah Pa & Ma

5. Cabaran 'auntie tukar-tukar baju' [METROTV]

6. Boleh jadi ‘ungu mata hitamku’, video ‘30hari 30 purple’ trending di TikTok sepanjang Ramadan... Onde-onde pun tukar warna!

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)