Kredit foto: Instagram Iman Troye
Bakat Iman Troye semakin menonjol selepas memasuki dunia hiburan menerusi lagu pengenalannya yang berjudul Teman.
'Pejam Celik Hari Raya' yang menjadi single terbaharunya juga disambut baik para pendengar, sekaligus menjadikan namanya sudah tidak kedengaran asing di kalangan peminat muzik.
Kami kongsikan 15 fakta menarik mengenai bintang muda yang dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi Nabila Razali dan aktres Emma Maembong ini.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
1. Kelahiran Rawang, Selangor pada 25 Disember 2002, beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
2. Mengikuti pengajian diploma dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
3. Bakatnya dicungkil daripada program realiti nyanyian, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kedua pada tahun 2019 yang mana beliau telah menerima beberapa tawaran kontrak rakaman selepas itu, namun melepaskannya atas saranan ibunya yang ingin dia menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlebih dahulu.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
4. Lagu Teman dendangannya mengisahkan mengenai dirinya yang masih mencari teman, namun masih belum bertemu sehingga sekarang.
5. Gara-gara muzik yang 'catchy' dan lenggok vokal, lagu 'Teman' yang dirakamkan sering disalah anggap sebagai lagu bergenre dangdut, sedangkan ianya sebuah lagu pop!
Kredit foto: Instagram Iman Troye
6. Menganggap dirinya belum bersedia memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana faktor usia yang masih mentah serta kurangnya keyakinan diri untuk bertanding dengan penyanyi bernama besar. Begitupun, beliau ada memasang niat untuk mempertaruhkan lagu bergenre balada dan sekiranya 'Teman' layak bertanding, pihaknya juga sudah mempunyai perancangan tersendiri.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
7. Berminat untuk menyertai mana-mana pertandingan realiti kerana ingin mempelajari perkara baharu serta mengasah bakat sedia ada.
8. Meminati penyanyi senior, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Siti Sarah Raisuddin, Ning Baizura, Fauziah Latiff dan Misha Omar kerana dibesarkan dengan lagu-lagu mereka memandangkan keluarganya cukup menggemari lagu-lagu lama.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
9. Nama 'Troye' yang digunakan dalam nama pentasnya sudah 'melekat' sejak dia berada di tingkatan dua gara-gara terlalu meminati youtuber Troye Sivan.
10. Mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak usia 16 tahun dengan mendendangkan lagu-lagu cover di laman Instagram, sebelum dilamar syarikat rakaman XO House.
11. Ketika zaman persekolahan, Iman aktif dalam kelab muzik seperti gamelan, koir dan tarian. Malah beliau juga pernah menyertai Pak Ngah Productions dan Akar Budaya.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
12. Memperoleh lesen memandu pada awal Mei 2021 di Sekolah Memandu PS Samy, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kredit foto: Instagram Iman Troye
13. Buat masa ini beliau ingin fokus pada bidang nyanyian, sekaligus mengetepikan pembabitan dalam dunia lakonan kerana bimbang tidak dapat menguruskan masa, apatah lagi beliau juga sibuk sebagai seorang pelajar.
14. Menafikan gosip hubungan dengan penyanyi Naim Daniel kerana menyifatkan hubungan mereka bak abang dan adik. Iman yang akui pernah ditinggalkan kekasih, mendedahkan dirinya masih 'single' serta menyasarkan umur 30 tahun untuk berkahwin.
15. Ciri-ciri lelaki idamannya adalah yang berketinggian 180 sentimeter (cm) ke atas, bertanggungjawab serta mampu membimbingnya, selain menghormati dirinya dan dapat menyesuaikan diri dengan keluarganya.
Untuk biodata asas Iman Troye, anda boleh baca artikel: Biodata Penyanyi Iman Troye (Imantroye)
Kredit foto: Instagram Iman Troye
Kredit video: Penyanyi Sebenar Atau Penyamar - Acrobatic Atas Keyboard | #ICSYVMY
Kredit video: Naim Daniel & Iman Troye akan bernikah?? | MeleTOP Raya | Loca B, Yonnyboii | Nabil Ahmad, Cik B
Sumber:
7. “Saya masih single, kalau nak try boleh DM” - Iman Troye
8. Kami macam adik dengan abang - Iman Troye
10. Iman Troye Lulus Ujian Memandu, Netizen Ucap Tahniah - “Jangan Rentas Negeri Lepas Ni”