Rezeki memihak kepada pendatang baharu, Lia Aziz apabila single debutnya yang berjudul Kucu Kuca berjaya mendapat tempat dalam hati peminat.
Beliau kemudiannya memacu kerjaya apabila diberi kepercayaan menjayakan projek lagu duet, Pergilah Derita, nyanyian bersama Asfan Shah yang mana telah menjadi runut bunyi (OST) drama bersiri, Cukup Derita Itu, siaran TV3.
Tidak terhenti di situ, 'Kucu Kuca' meraih perhatian pengguna aplikasi TikTok yang rata-rata menjadikannya sebagai latar audio video mereka.
Sementara di Youtube, beliau meraih catatan 5.7 juta tontonan menerusi video muzik lagu hit tersebut.
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur 18 tahun yang popularitinya berasal dari Instagram (IG) menerusi rakaman lagu-lagu saduran (cover) ini, mula mendapat tumpuan selepas mendendangkan semula lagu fenomena, 4 Dara.
12 Fakta Lia Aziz, Penyanyi Lagu Kucu Kuca
Kredit foto: Instagram Rusa Music
1. Pemilik nama penuh Noralia Farzana Abd. Aziz yang merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik.
Kredit foto: Facebook Abdul Aziz Sidek
2. Beliau mempunyai kebolehan bermain instrumen muzik seperti gitar dan piano.
Kredit foto: Instagram Lia Aziz
3. Meminati genre balada dan R&B yang menjadi jiwa muziknya sejak mula-mula berjinak dalam bidang nyanyian.
Kredit foto: Facebook Abdul Aziz Sidek
4. Ibunya menghantar Lia ke kelas muzik sejak zaman kecil, sekaligus menggilap bakatnya dalam cabang seni itu. Bakat nyanyiannya tidak diwarisi daripada sesiapa kerana tiada ahli keluarganya yang berdarah seni.
Kredit foto: Instagram Rusa Music
5. Maksud judul single pengenalan beliau, 'Kucu Kuca' yang menjadi tanda tanya ramai, sebenarnya adalah simbolik kepada bunyi air sungai yang mengalir deras bak kencangnya perasaan seseorang yang sedang dilamun cinta.
Kredit foto: Instagram Rusa Music
6. Novelis popular, Siti Rosmizah yang menghasilkan lirik Pergilah Derita merupakan individu yang bertanggungjawab memilih Lia sebagai rakan duet Asfan Shah dalam single yang menjadi runut bunyi drama Cukup Derita Itu.
7. Masih belum mempunyai perancangan menghasilkan single terbaharu, Lia tidak kisah mengalunkan apa sahaja jenis muzik asalkan mempunyai mutu. Beliau melahirkan hasrat untuk mencuba genre irama Malaysia dan dangdut di masa akan datang.
8. Meskipun rabun, Lia lebih selesa untuk tidak mengenakan kaca mata.
Kredit foto: Instagram Rusa Music
9. Gemar melukis, dia pernah bergelar pelukis henna sebagai kerja sambilan.
Kredit foto: Instagram Lia Aziz
10. Menggunakan masa terluang ketika 'berkurung' di rumah sewaktu perintah kawalan pergerakan, dengan melakukan perkara-perkara baharu seperti memasak dan mencipta lagu.
11. Ingin mengikuti pengajian diploma dalam jurusan muzik di universiti sekitar Lembah Klang, bagi memudahkan urusannya berulang-alik dari rumah, dengan dihantar oleh bapanya kerana masih belum mempunyai lesen memandu.
Kredit foto: Instagram Lia Aziz
12. Mengenai dakwaan yang mengatakan kononnya dia sombong, Lia bagaimanapun menangkis dengan memberitahu dia sebenarnya adalah seorang yang pemalu.
Untuk biodata asas Lia Aziz, anda boleh baca artikel: Biodata Lia Aziz, Penyanyi Lagu Kucu Kuca
Baca: Biodata Iman Troye
Baca: Biodata Suekhaizhar, Penyanyi Lagu Aku Budak Girl
Kredit video: (OST Rindu Awak Separuh Nyawa) Lia Aziz - Kucu Kuca [Official Music Video]
Tajuk: Kucu Kuca
Penyanyi: Lia Aziz
Komposer: Ejai Aziz
Penulis lirik : Ejai Aziz
Sumber: