Disebabkan penampilannya yang ringkas, cara hidup yang tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa menghambakan diri untuk melakukan kebaikan, seorang lelaki tua yang berasal dari Bailovo, Bulgaria, ini digelar sebagai "Saint of Bailovo".

Nama Dobry Dobrev mungkin tidak dikenali segelintir penduduk Bulgaria tetapi dia telah menghabiskan masa untuk mengemis di Sofia, ibu negara Bulgaria bagi mengumpul dana supaya dapat membantu mereka yang memerlukannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia dilahirkan di sebuah kampung di Bailovo pada tahun 1914. Dobrev berkahwin sekitar tahun 1040-an ketika Bulgaria terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Dia mempunyai empat orang anak, dua daripada mereka telah meniniggal dunia.

dobrev mengemis di sekitar bandar sofia 2

Ketika salah satu siri pengeboman yang berlaku di Sofia, sebutir bom jatuh berhampiran Dobrov yang menyebabkan dia kehilangan sebahagian besar deria pendengarannya.

Selama bertahun-tahun lamanya, Dobrev telah mengasingkan dirinya daripada kepentingan dunia dan aspek kebendaan untuk mendekatkan dirinya dengan agama, khususnya kepercayaan Kristian Ortodoks.

lukisan dobrev di salah sebuah pangsapuri di sofia

Lukisan Dobrev di salah sebuah pangsapuri di Sofia

Pada tahun 2000, Dobrev memutuskan untuk mendermakan semua harta kepunyaannya kepada gereja Ortodoks dan memulakan hidup sederhana. Dia tinggal dalam sebuah biilk kecil yang bersambung dengan Gereja St. Cyril dan Methodius di kampungnya di Bailovo.

Dobrev juga sering meminta sedekah supaya dia dapat menggunakan sumbangan orang ramai itu untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan. Apa yang mengagumkan ialah, dia yang berumur 100 tahun pada 2014 ketika itu sanggup berjalan sejauh 20 km sehari untuk meminta sedekah di ibukota Bulgaria.

dobrev di kediamannya

Dobrev di kediamannya di Gereja St. Cyril dan Methodius di Bailovo

Dia yang memakai pakaian dan kasut buatan sendiri itu sering dilihat duduk atau berdiri di hadapan Cathedral of Alexander Nevsky di Sofia untuk mengutip derma bagi badan amal, gereja, rumah anak yatim dan biara.

Dobrev yang merupakan seorang penganut Kristian Ortodoks sering berbicara tentang Jesus kepada orang ramai sama ada mereka menderma atau tidak. Bagi yang menderma, Dobrev akan sentiasa berterima kasih kepada mereka.

dobri dobrev dari bulgaria

Sepanjang usahanya, Dobrev telah menderma lebih daripada 80,000 lev Bulgaria (bersamaan RM 188,000) kepada beberapa badan amal di seluruh Bulgaria. Antara derma terbesarnya adalah:

  • 10,000 lev (RM 23523) kepada Gereja St Cyril dan Methodius di kampungnya di Bailovo
  • 25,000 lev (RM 58808) untuk kerja-kerja membaikpulih Biara Mother Mary yang terletak di timur Sofia dan gereja tempatan di kampung Gorno Kamartsi.
  • 35,700 lev (RM 83978) untuk Cathedral of Alexander Nevsky di Sofia. Derma itu merupakan derma terbesar yang diterima gereja itu dalam sejarah 100 tahun penubuhannya.

Sementara itu, banyak lagi dana lain yang tidak dicatatkan telah disumbangkan Dobrav ke rumah-rumah anak yatim. Dia sering memberitahu bahawa dia memang ingin melakukan kebaikan seperti ini bagi menebus segala dosa-dosa yang dilakukan pada masa lampau.

Pada tahun 2013, Dobri telah tercalon dalam akhbar tempatan sebagai salah seorang Personaliti Paling Popular dalam Berita. Bukan sahaja dia memenangi tempat pertama tetapi undian yang diterimanya mengalahkan semua peserta lain jika digabungkan. Namun, dia tidak mahu dipuji atau disanjung kerana jasanya itu.

Pada tahun 2015, satu dokumentari berjudul "The Silent Angel" telah diterbitkan mengenai kisah hidup Dobrev. Dokumentari itu memaparkan wawancara bersama ahli keluarga dan saudara-maranya, rakan-rakan, raja terakhir Bulgaria dan bekas Perdana Menteri iaitu Simeon Saxe-Coburg-Gotha.

Dobrev mula menjadi bintang internet dan dikenali di seluruh dunia apabila kisahnya dimuat naik oleh beberapa laman Facebook yang direka khas untuknya. Artis-artis tempatan mula melukis wajah Dobrev pada dinding-dinding bangunan di sekitar bandar Sofia.

dobri dobrev meninggal dunia pada usia 103 tahun

Pada 13 Februari 2018, Dobrev telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 103 tahun. Kini, mayatnya dipamirkan di Gereja St. Cyril dan Methodius di mana dia tinggal di situ sejak tahun 2000. 

Ramai penganut Kristian dari seluruh negara datang ke gereja di Bailovo itu untuk memberi penghormatan kepada Dobrev. Perbuatan baik yang dilakukannya menjadi contoh kepada seluruh Bulgaria.

Rujukan:

1. Kisah hidup Dobri Dobrev The Silent Angel

2. Berjalan 20 km sehari untuk meminta derma pada usia 100 tahun

3. Pengemis mengumpul hasil derma untuk diberikan kepada badan amal




Hakcipta iluminasi.com (2017)