Kebiasaannya bila ada rakan yang berambut jarang-jarang, anda nasihatkan supaya dia cukur botak terus kepala. "Nanti rambut kau tumbuh lebat, confirmed!" kata anda.

Sejauh manakah kebenaran fakta ini? Mari kita kupas dengan lebih lanjut.

Perkara utama yang kita perlu fahami ialah pertumbuhan rambut bermula di bawah permukaan kulit di bahagian dermis. Di sini terdapat tiub kecil yang dipanggil folikel rambut. Ia diibaratkan lubang kecil di tanah yang anda korek untuk menanam benih tanaman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jambang beard pomade janggut misai kumis bulu muka 3

Folikel rambut

Folikel inilah yang menentukan warna rambut, konsistensi dan ketebalan. Orang yang mempunyai janggut lebat misalnya, mempunyai bilangan folikel yang banyak di kawasan muka. Faktor yang mempengaruhi folikel adalah genetik, hormon dan usia seseorang. Anda tidak boleh meningkatkan bilangan folikel melainkan anda menjalani pembedahan transplan atau memakan pil hormon.

Trend lelaki zaman kini dilihat semakin obses dengan bulu di wajah. Kelahiran jenama-jenama pomade terkenal membuatkan ramai lelaki menginginkan misai dan janggut yang lebat. Setiap hari cubaan mencukur dilakukan untuk mendapatkan bulu yang 'banyak' dan 'lebat' di muka.

jambang beard pomade janggut misai kumis bulu muka

Ilusi lebat

Tapi, tahukah anda, mencukur hanya menampakkan bulu anda macam lebat sahaja? Hal ini demikian kerana sifat fizikal rambut atau bulu yang tirus di penghujungnya. Apabila anda bercukur, anda hanya memotong bahagian hujung yang tirus itu dan menampakkan bahagian rambut yang lebih tebal. Walaupun stubble yang terhasil kelihatan seperti lebih tebal, sebenarnya ia hanyalah satu ilusi.

Bagi mereka dengan genetik yang tidak berbulu lebat, anda tidak akan boleh mendapatkan kumis atau janggut semula jadi dengan bercukur seperti rakan anda yang mempunyai keturunan berasal dari tanah Arab atau India, misalnya.

jambang beard pomade janggut misai kumis bulu muka 2

Bagaimana boleh tercetusnya mitos bercukur untuk mendapatkan bulu lebat ini?

Seperti analogi folikel sebelum ini, ia mungkin berkait rapat dengan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Proses pemangkasan akan merangsang pertumbuhan dahan-dahan baru. Mungkin manusia fikir bahawa ia juga akan merangsang pertumbuhan bulu dan rambut. 

Itu ternyata sama sekali tidak akan berlaku kerana rambut manusia tidak akan tumbuh bercabang seperti pokok bunga mawar. Setiap helaian akan tumbuh daripada satu folikel. Sekiranya anda nampak seperti 2-3 helai bulu keluar daripada lubang yang sama, kesemua helaian itu sebenarnya masih dihasilkan oleh folikel berasingan. Namun, ia muncul melalui satu ruang yang sama sahaja.

jambang beard pomade janggut misai kumis bulu muka 6

Kenapa sesetengah orang lelaki suka simpan jambang?

Ya, tidak dinafikan menyimpan jambang itu merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. tetapi sebenarnya ada juga penjelasan psikologi di sebaliknya.

Sesetengah orang percaya mempunyai bulu di wajah membuatkan lelaki kelihatan lebih menawan dan menarik minat wanita. Akan tetapi, beberapa tinjauan yang dibuat mendapati sebenarnya wanita bukanlah lebih cenderung menyukai lelaki berjambang. Ia hanya bergantung kepada pilihan peribadi. 

jambang

Satu tinjauan yang dibuat pada tahun 2012 mendapati wanita lebih menyukai lelaki yang mempunyai light stubble untuk dijadikan teman hidup berbanding mereka yang berjambang penuh. Ini disebabkan lelaki dengan jambang lebat dilihat sebagai lebih agresif, nampak jauh lebih tua dan matang.

Kenyataan ini jugalah menyebabkan lebih ramai lelaki suka menyimpan jambang.

jambang beard pomade janggut misai kumis bulu muka5

Dalam satu tinjauan lain, pakar-pakar telah membuat kesimpulan bahawa lelaki berjambang mampu menakut-nakutkan lelaki lain atau pihak lawan. Jambang yang tebal dan lebat akan membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih besar dan menggerunkan. Ia seakan-akan satu karisma baru yang wujud dan ditonjolkan berbanding semasa ketiadaan jambang.

Anda pula simpan jambang sebab apa?

Rujukan:

1. Psychology Today

2. NBC News

3. New Health Guide

4. Scientific American




Hakcipta iluminasi.com (2017)