Sejak kebelakangan ini, permainan yang dipanggil "fidget spinner" ini semakin popular dalam kalangan kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak terkecuali.

Beberapa bulan dahulu, ianya sukar didapati di Malaysia. Mereka yang ingin mendapatkannya perlu membeli secara dalam talian (online) dari luar negara dan harganya tentulah lebih mahal. Kini ianya boleh didapati di pasar-pasar malam ataupun pasar pagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Harganya pula bergantung pada jenis, bermula RM10 sehingga RM50. Mungkin ada yang lebih mahal.

Alasan biasa yang diberi oleh golongan yang membeli permainan ini adalah ianya dapat menghilangkan stress. Persoalannya, benarkah?

Trend

Alasan yang biasa diberikan oleh anak-anak tentulah mengatakan bahawa permainan ini mampu menghilangkan stress ketika belajar. Walaubagaimanapun, mereka sebenarnya hanyalah terikut-ikut dengan rakan lain yang sudah memilikinya.

Bermain permainan ini tidak menghilangkan stress sebaliknya hanya menambahkan stress. Sebabnya, fidget spinner ini telah diharamkan di kebanyakan sekolah. Malah, ada guru-guru yang akan merampasa permainan ini daripada pelajar mereka. Oleh itu, apabila permainan ini dirampas, tentulah mereka akan bertambah stress.

Selain itu, bermain permainan ini ketika belajar juga sebenarnya mengganggu fokus anda ketika belajar. Sesetengah pelajar didapati lebih fokus membuat pelbagai trik dengan fidget spinner mereka berbanding menumpukan terhadap topik yang sedang diajar oleh guru.

Kelebihan Fidget Spinner Untuk Golongan ADHD

Walaupun fidget spinner ini seakan-akan fenomena yang baru, ianya telah lama digunakan oleh pakar terapi atau kaunselor untuk kanak-kanak yang menghidap ADHD. ADHD atau Attention deficit hyperactivity disorder adalah sejenis keadaan di mana seseorang itu sukar untuk fokus dan mengawal kelakuan.

Untuk tulisan panjang lebar mengenai kaitan fidget spinners dan kebaikannya untuk golongan ADHD, boleh baca beberapa artikel yang berikut (artikel berbahasa Inggeris):

  1. Are Solid Or Patterned Fidget Spinners Better For ADHD? It Depends
  2. How can fidget spinners and cubes actually help with anxiety and ADHD?

Walaubagaimanapun, sesetengah pengkaji masih tidak sependapat berkenaan keberkesanan fidget spinner ini buat golongan ADHD.

Sebelum fidget spinner, terdapat banyak juga permainan seumpanya. Antaranya fidget cube, pen spinner, stress balls dan lain-lain. Seperti trend-trend yang lain, dijangkakan trend fidget spinner ini juga tidak akan bertahan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)