AIA Vitality telah pun selesai melakukan kaji sedlidik yang dinamakan 'Malaysia Healthiest Workplace' dengan 4 negara terpilih, Australia, Hong Kong, Singapura dan Malaysia dijadikan negara pilihan.
Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas berkenaan kualiti kesihatan dengan tempat kerja dan majikan menjadi faktor pengukur utama. Kaji selidik itu telah pun dijalankan oleh RAND Europe dengan dibantu oleh badan penyelidikan daripada institusi pendidikan negara kita. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dalam membantu majikan meningkatkan kualiti tempat kerja yang ada.
BESARKAN TEKS A- A+
Apa yang kita boleh belajar daripada kajian mereka?
Tahap kesihatan pekerja Malaysia
Tahap kesihatan pekerja Malaysia secara puratanya berada dalam keadaan membimbangkang dengan 64% pekerja yang menjadi responden mengakui mereka tidak mengamalkan kehidupan aktif. 1/4 daripada jumlah tersebut mengaku tidak menukar cara hidup.
90% pekerja didapati tidak mengamalkan pemakanan sihat dengan buah-buahan serta sayur-sayuran menjadi pilihan kurang diminati oleh golongan pekerja. Yang membimbangkan, 56% pekerja tidak mempunyai tidur yang cukup kurang 7 jam setiap hari dan 53% mengaku mempunyai tekanan mental.
Risiko penyakit paling tinggi antara 4 negara terbabit
Di antara keempat-empat negara yang diselidik, Malaysia mencatatkan 11% pekerja merokok, tertinggi di antara kesemua negara. Selain itu 12.5% yang menjadi responden mengaku mereka mengalami masalah obesiti, 45% masalah tekanan darah tinggi dan 10% mempunyai masalah kolestrol.
Malaysia sekali lagi mendapat tempat tercorot dalam jumlah masa yang dihabiskan untuk aktviti senaman dan hanya 1.1% golongan pekerja yang diselidik, minum air yang cukup setiap hari.
Tahap tempoh masa bekerja
Kaji selidik ini dengan jelas membuktikan satu perkara - produktiviti di negara kita tak berkadar dengan masa. Responden secara purata bekerja tambahan lebih 15 jam dalam seminggu, menunjukkan terlalu ramai golongan pekerja yang dikerah untuk bekerja lebih masa sehingga terpaksa mengabaikan tahap kesihatan mereka.
Secara puratanya, golongan pekerja di Malaysia membazirkan 67 hari bekerja dalam setahun dengan bukan melakukan pekerjaan dan kerugian yang dianggarkan akibat pembaziran hari bekerja itu, adalah sekitar RM2.7 juta setahun.
53% mengakui stress di tempat kerja mengganggu hidup dengan 12% mengakui mempunyai masalah tekanan hidup yang teruk akibat kerja. Selain itu, 20% daripada responden mengakui setiap masa mereka memikirkan masalah kewangan yang meruncing.
Kualiti majikan
Masalah majikan yang kurang menitik beratkan kualiti tempat kerja memang menjadi masalah di mana-mana organisasi. Jika anda salah seorang yang bernasib baik, tahniah kerana berjaya mendapat majikan yang prihatin.
Ini kerana hanya 53% merasakan golongan majikan mengambil berat tentang kebajikan pekerja, 54% setuju pengurus mereka menitik beratkan kesan kesihatan ke atas prestasi orgasnisasi.
Bagaimanapun, bukan semua beban kesalahan harus diletak di atas bahu majikan semata-mata. Ini kerana hanya 11% pekerja mengaku mereka benar-benar suka dengan pekerjaan mereka sekarang dan 19% mengaku mereka hanya bersikap sambil lewa ketika kerja.
Siapa majikan terbaik dalam kategori penjagaan kesihatan?
Menurut kaji selidik ini, ada beberapa syarikat yang tersenarai sebagai majikan paling mesra pekerja dengan SAP Malaysia Sdn.Bhd, International Medical University serta Top Glove Sdn.Bhd terpilih sebagai pemenang. Selain itu Dell Global Business Centre diiktiraf sebagai tempat kerja paling sihat.
Majikan yang diselidik mempunyai polisi kesihatan terbaik adalah Datacom Systems (Asia) Sdn.Bhd, Glaxosmithkline Malaysia dan Nestle Products Sdn.Bhd.
Rujukan