Kredit foto: Instagram Alha Alfa & Instagram Noor Azlin Ismail
Usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa tampil mempertahankan maruahnya yang tercalar dek kerana pelbagai kecaman dilontarkan netizen di media sosial.
Ia susulan tindakan bekas isterinya, Noor Azlin Ismail yang menafikan dakwaan pernah hamil dan keguguran.
"Saya memang nak move on tapi satu Malaysia sekarang ingat saya penipu! Ok takpe main kasar ek..
"Apa niat awak pun saya tatau..Sabar sabar saya, saya perlu tegakkan kebenaran dari orang ingat saya menipu!
"Saya paling pantang penipu! Awak tau kan? Saya hormat awak walau macam-macam berlaku kat saya.
"Saya terima kali ni je saya minta awak cuci nama saya! Memang mudah mulut berbicara tapi najis yang terpalit kat muka saya ni nak letak mana??
"Saya tau awak akan tertekan.. Saya juga! Kalau awak main game macam ni, jom sama-sama rasa," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Alha memberitahu dia tidak mampu lagi menanggung tohmahan orang ramai, justeru mengambil keputusan bersuara buat kali yang terakhir dalam perkongsian catatan panjang lebar berkenaan.
"Saya sibuk jaga aib awak, aib saya awak mainkan..Ini coretan akhir untuk anda semua! Lepas ni saya takkan bercakap lagi pasal ni.
"Saya kena bersihkan nama saya. Lantaklah orang nak kata saya bodoh hal rumah tangga nak canang, biar orang kata saya lembik.
"Biar orang kata saya menggelupur nak tegakkan diri..Saya ada maruah! Selagi saya senyap orang caci maki saya sebabkan awak," katanya.
Mengukuhkan lagi kenyataan, Alha memuat naik paparan skrin mesej Whatsapp perbualan antara mereka.
Perbualan itu bagai memberi petunjuk Azlin pernah menjamah jamu dalam kuantiti yang banyak hingga mengakibatkannya keguguran.
Kredit foto: Astro Gempak
"Ok jadi kalau sebagai suami tak gembira ke saya dapat berita ni?? Awak bagitau gugur pun saya gembira je yang penting awak sihat .
"Tapi bila saya sakit dikecam macam ni, awak boleh sama naik. Takpelah saya redha. Awak menang kat dunia," tulis Alha.
Alha berkata, perkongsian yang dilayangkan itu bakal menjadi pendedahannya yang terakhir membabitkan plot drama kisah perkahwinan mereka.
"Terima kasih bagi saya harapan selama ini. Apa ja awak minta saya tak bagi??
"Kenapa bila macamni awak jatuhkan nama saya macam ni sekali?? Orang cakap saya gila!
"Saya selesai! Selepas ini tidak ada lagi! Janji! Saya hanya insan hina yang nak tegakkan kebenaran.
"Ini je ruang yang saya ada. Kalau awak rasa saya mengabaikan awak, awak pulak buat apa kat saya tu? Its over!" tulisnya.
Terdahulu, menerusi komen balas Noor Azlin kepada seorang pengikut Instagram, dia menafikan dakwaan pernah keguguran sebagaimana yang dicanang Alha.
Alha sebelum ini mengesahkan sudah berpisah dengannya selepas enam bulan berkongsi hidup.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 September 2019 selepas setahun bertunang.
Sumber berita: "Serius Awak Tak Pernah Mengandung?" - Bengang Dengan Tindakan Bekas Isteri, Alha Alfa 'Spill The Tea' ... Rupa-Rupanya....