Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Nama bekas penyampai radio dan pelakon, Zulin Aziz kini sohor di media sosial susulan majlis perkahwinan yang diadakannya hari ini (20 Februari 2022).

Selebriti serba boleh berumur 33 tahun yang memiliki 2.4 juta pengikut laman Instagram ini bernikah dengan pilihan hatinya, Farhan Norzaini, 35, yang merupakan rakan kongsi dalam perniagaan produk beliau.

Ia lanjutan pertunangan yang terlebih dahulu dilangsungkan pada 28 Januari lalu.

Bersuamikan Farhan Norzaini, Ini 10 Fakta Biodata Zulin Aziz Yang Ramai Tak Tahu!

zulin aziz 840

    

1. Zulin adalah anak kedua dalam keluarga, daripada keseluruhan enam orang adik beradik.

zulin aziz dulu

    

2. Beliau adalah hasil penyatuan hidup bapanya yang berasal dari negeri Perak, dan ibunya yang berasal dari Sarawak.

ibu bapa zulin aziz

    

3. Bapanya, Abdul Aziz Jaafar pernah berkhidmat sebagai guru sekolah rendah yang mengajar beberapa jenis subjek, antaranya pendidikan muzik dan bahasa Melayu.

keluarga zulin aziz

    

4. Bapa Zulin meninggal dunia di sebuah dewan, ketika sedang menonton Zulin bertanding secara langsung di minggu ketujuh program realiti, Pilih Kasih musim pertama.

zulin aziz kahwin

    

5. Zulin merupakan teman rapat kepada pengacara Sherry Alhadad dan pelakon Fikry Ibrahim.

zulin aziz diet

    

6. Beliau membuat 'kejutan' apabila berjaya mengubah penampilan fizikalnya, dengan mengamalkan diet menerusi penurunan berat badan dari sekitar 80 lebih kilogram (kg) ke 58 kg!

zulin aziz nikah

    

7. Beliau mendedahkan dirinya pernah mengalami zaman susah hingga terpaksa ikat perut dengan hanya berkemampuan menjamah bubur kosong.

zulin aziz gemuk

    

8. Pernah mendapat jolokan sebagai ‘ratu ajuk suara’ kerana seringkali meniru suara rakan selebriti.

suami zulin aziz

    

9. Suaminya, Farhan Norzaini dikatakan netizen mempunyai iras wajah suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar kerana memiliki ketampanan raut wajah yang hampir serupa.

farhan norzaini

Kredit foto: Instagram Zulin AzizInstagram Farhan Norzaini

10. Beliau menyifatkan Farhan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan sentiasa bekerja keras. Malah memiliki perwatakan yang tegas dan menjaga dirinya sebaiknya tanpa berkira soal kudrat dan duit.

Untuk biodata lengkap Zulin, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Zulin Aziz

Sumber:

1. Zulin pernah makan bubur kosong

2. Dah kurus pun orang tetap mengata – Zulin Aziz

3. Minta Doa Yang Baik-Baik, Zulin Aziz 'Belanja' Foto Kekasih Hati?

4. Trek Selebriti Terkini 2020 Episod 2

5. Instagram Zulin Aziz




Hakcipta iluminasi.com (2017)