Apabila Premier François Legault membuat kemunculan dalam televisyen untuk memberi ucapan hariannya mengenai COVID-19 pada 12 Mei yang lalu, beliau yang turut ditemani oleh Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan dilihat memakai penutup muka atau topeng keselamatan.
Nota: Premier boleh disamatarafkan dengan jawatan Menteri Besar. François Legault merupakan Premier bagi Quebec, sebuah province di Kanada yang unik kerana menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dan sudah bertahun-tahun berjuang untuk keluar dari Kanada dan mahu menjadi sebahagian daripada wilayah Perancis.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi yang tidak tahu, François Legault ini jugalah individu yang telah memperkenalkan undang-undang penuh kontrovesi tahun lalu melalui "Bill 21" yang mengharamkan penjawat awam terutamanya yang terlibat dengan bahagian penguatkuasaan daripad memakai sebarang simbol keselamatan.
Larangan ini termasuklah pemakaian niqab, sejenis pakaian yang menutupi muka seorang wanita Muslim. François Legault jugalah individu yang menekankan betapa pentingnya mempertahankan nilai-nilai sekular kerana kuatir akan proses "Islamisasi di Quebec.
Realitinya, masyarakat Muslim di Quebec hanyalah merangkumi 3% sahaja daripada jumlah populasi d sana. Namun, COVID-19 telah mengubah segala-galanya. François Legault kini sentiasa mengamalkan pemakaian penutup muka dan turut menggalakkan rakyatnya berbuat demikian apabila berada di tempat awam.
Sudah tentu, galakan ini bukanlah atas alasan keagamaan sebaliknya dibuat berdasarkan aspek kesihatan. Walau bagaimanapun, apabila seseorang wanita Muslim mahu menutup mukanya dengan memakai niqab, secara automatiknya wanita tersebut dianggap cuba menjatuhkan martabatnya dan dianggap terkongkong akibat agamanya.
Antara 2 darjat
Dalam kebanyakan kes, wanita yang ingin memakai niqab dianggap dipaksa oleh suami, ayah aau adik beradiknya untuk berbuat demikian. Realitinya, mereka langsung tidak dipaksa. Memakai niqab adalah pilihan diri mereka sendiri kerana merasakan lebih "selamat" apabila berada di tempat awam.
Walau bagaimanapun, apabila galakan memakai topeng muka ini dibuat oleh François Legault, langkah ini dianggap sebagai " etika pernafasan yang baik". Oleh itu apabila seseorang wanita Muslim pada ketika ini mahu memakai niqab atas alasan keagaamaan, bagaimanakah kita mahu membezakan antara "etika pernafasan yang baik" dan "etika beragama"?
Bagaimanakah perlakuan menutup muka boleh berubah daripada untuk tujuan keselamatan daripada sesuatu yang dianggap menjatuhkan martabat seorang wanita Muslim? Bukankah ini sesuatu yang dianggap rasis (racial profiling)?
Adakah penutup wajah yang dipakai oleh wanita kulit putih dipuji sebagai etika yang baik dan tindakan seorang warganegara yang bertanggungjawab, sedangkan penutup wajah yang sama yang dipakai oleh wanita berkulit coklat secara automatik digambarkan sebagai misoginis dan merendahkan martabat seseorang?
Soalan yang sama juga relevan jika ditanya mengenai lelaki yang memakai penutup muka. Bagi Legault, ini adalah tanda pencegahan penyakit dan tanggungjawab seorang warganegara, tetapi apabila orang kulit hitam atau kaum lain yang memakai topeng muka, kemungkinan besar lelaki tersebut akan dilihat sebagai seseorang yang mencurigakan, berbahaya dan kemungkinan mendatangkan ancaman kepada masyarakat.
Larangan memakai niqab di Perancis
Di Perancis, di mana kebanyakan perbahasan sekular diimport ke Quebec, kemunafikan dan hipokrasi mngenai perkara ini secara terang-terangan dapat dilihat pada hari ini.
Mantan presiden Perancis Nicolas Sarkozy pernah menyatakan: "Kewarganegaraan harus dinikmati dengan wajah yang tidak ditutup. Tidak ada jalan lain selain larangan niqab di semua tempat umum."
Namun dek kerana COVID-1, keadaan ini telah berbalik semula kepada kerajaan. Kerajaan Perancis baru-baru ini menjadikan topeng muka sebagai satu perkara wajib. Denda kerana tidak memakai topeng ketika menggunakan pengangkutan awam adalah 135 euro sedangkan sejak 2011, undang-undang negara itu telah melarang wanita Muslim memakai niqab di tempat awam dan mengenakan denda 150 euro bagi mereka yang ingkar.
Dalam sedekad kebelakangan ini, Perancis, Denmark, Austria, Belgia dan banyak negara Eropah yang lain memperkenalkan undang-undang untuk melarang niqab. Larangan undang-undang itu telah meningkatkan sentimen Islamofobia, terutama terhadap wanita Muslim walaupun jumlah wanita Muslim di negara-negara Eropah ini terlalu kecil dan undang-undang seperti ini boleh dianggap tidak diperlukan.
Terdapat satu hujah mendakwa bahawa niqab yang dipakai untuk alasan agama dan topeng muka yang dipakai untuk tujuan kesihatan adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Bagi beberapa orang, yang pertama adalah simbol penaklukan wanita (ada yang lebih ekstrim memanggil pemakai niqab sebagai "perompak bank") sedangkan yang kedua ini bertujuan untuk melindungi individu dan menjamin keselamatan mereka.
Dengan beranggapan andaian ini benar, bagaimanakah kita dapat membezakan antara keduanya? Dengan melihat orang yang memakainya? Bukankah itu membuktikan wujudnya sifat perkauman, menunjukkan objek yang sama mempunyai dua makna berbeza bergantung pada siapa yang memakainya?
Bukankah itu membuktikan wujudnya sifat perkauman, menunjukkan objek yang sama mempunyai dua makna berbeza bergantung pada siapa yang memakainya?
Terdapat hujah lain menyatakan bahawa niqab menimbulkan ancaman bagi keselamatan negara, sedangkan topeng muka kesihatan tidak. Ini tidak benar, kerana semua wanita yang memakai niqab bersetuju untuk membuka niqab mereka untuk menunjukkan wajah mereka di lapangan terbang dan atas alasan keselamatan.
Tidak ada insiden yang diketahui yang menunjukkan bahawa insiden keselamatan negara berlaku dengan wanita yang memakai niqab, tetapi apa yang akan berlaku bagi orang yang memakai topeng muka apabila lapangan terbang mula beroperasi semula? Adakah topeng muka dibenarkan? Mengapa mereka tidak dianggap sebagai ancaman keselamatan negara?
Ini adalah satu lagi contoh bagaimana pandemik COVID-19 menunjukkan hipokrasi sesetengah ahli politik dan bagaimana definisi sekularisme yang sempit dan menyesatkan digunakan terhadap hak dan kebebasan wanita Islam tertentu di banyak negara demokrasi yang kebanyakannya berpura-pura menjadi juara kebebasan - kecuali ketika menutupi wajah.
Kredit: Tulisan di atas adalah tulisan asal oleh Monia Mazigh yang telah dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu. Tulisan asal di atas boleh diakses pada laman Rabble.ca