Kredit foto: Utusan Online

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil akui pemergian aktor Azmil Mustapha meninggalkan kesan mendalam buatnya.

Bekas hos Akademi Fantasia itu menceritakan beberapa peristiwa menarik yang dilalui sepanjang mengenali Azmil ketika hayat beliau.

Pak Nil berkata, bintang filem Mekanik itu tak ubah seperti abang kandungnya sendiri.

pendedahan aznil nawawi tentang siapa sebenarnya azmil mustapha 2

Kredit foto: siakapkeli.my

"Aku meminati pelakon ini bukan sahaja kerana lakonannya tetapi kerana nyanyiannya. Album solonya aku beli dengan duit yang aku kumpul masa sekolah.

"Nama dia hampir sama dengan nama aku dan bila aku dapat mendekatinya setelah sama-sama terlibat dalam bidang seni, aku lihat dia sebagai seorang abang," tulisnya dalam kenyataan di Instagram. 

Pak Nil mendedahkan Azmil yang dikenalinya adalah seorang selebriti yang baik, berbudi bahasa serta menghormati orang lain.

"Aku pernah cium tangannya ketika bertembung dengannya di KLIA. Masa itu aku nak ke Hollywood. Tutur kata dia lembut sangat.

"Dia pesan jaga diri di Hollywood dan jangan tak balik pula. Walaupun dia dah berjubah, dia tak ada pun tunjuk kebencian pada kerja seni," katanya.

Di kesempatan sama, Pak Nil yang meluahkan rasa rindu terhadap Azmil turut mendoakan kesejahteraaan arwah.

"Hari ini (semalam) abang hensem yang sentiasa tersenyum ini pergi mengadap Illahi selama-lamanya. Tapi sebenarnya dia berhijrah ke alam abadi yang lebih indah di sana.

"Nanti kalau bertemu di sana, aku akan cium tangannya lagi. Abang rehatlah. Al Fatihah buat Haji Azmil Mustapha," luahnya.

Azmil menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Shah Alam kerana mengalami komplikasi jantung, kira-kira jam 12.40 tengah hari pada Rabu.

Beliau meninggal dunia di usia 64 tahun.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)