Kredit foto: Instagram @ayuraudhah_7 & Malay Mail Online

Pelakon Ayu Raudhah meluahkan rasa terujanya apabila bakal menimang cahaya mata ketiganya dalam masa terdekat.

Ayu bersama suaminya, Zaquan Adha yang juga merupakan seorang pemain bola sepak bersyukur kerana impian untuk dikurniakan anak perempuan akhirnya tercapai.

Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahu kali ini saya mengandung anak perempuan. Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan. Selain berdebar untuk bersalin, saya juga berdebar kerana tak tahu akan bersalin di mana lagi.


Sebab saya kena ikut jadual latihan Zaquan dan saya mungkin akan bersalin di Perak atau Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini.

Untuk info, pasangan ini berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah sebelum mendapat dua anak lelaki bernama Muhammad Aisy Qaiser (4 tahun) dan Muhammad Aisy Aryann (3 tahun).

Sumber: mediahiburan.my & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)