Oleh pada 16 May 2017 kategori

Saya berpendapat bahwa alam semesta ini memiliki hak yang ingin saya namakannya sebagai hak asasi alam. Hak ini mengatasi hak asasi manusia sendiri, kerana hak asasi alam lebih universal. Sehinggakan ianya merangkumi hak asasi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan benda lainnya (makhluk) di alam semesta ini.

Saya juga berpendapat bahawa asas hubungan antara manusia dan alam adalah rahmat kasih sayang. Dan kita tahu bahwa rahmat adalah salah satu jalan menuju syurga. Manakala kekerasan, kekejaman dan penindasan makhluk adalah jalan ke neraka. Perhatikan hadis berikut:

BESARKAN TEKS     A-  A+

“Tatkala seseorang berjalan di jalanan, dia melihat ranting pohon berduri di tengah jalan (dan bisa membahayakan makhluk hidup), dia terus mengambilnya dan membuangnya ke tepi jalan. Lalu Allah berterima kasih kepadanya atas perbuatan itu dan mengampunkan dosanya” (HR. Muslim)

Jika kita renungkan hadis tentang orang yang masuk syurga kerana memberi seekor anjing yang haus minum dan juga hadis tentang seorang perempuan yang masuk neraka kerana menyeksa kucing, maka kita akan faham kebenaran yang saya tekankan di atas. Hakikatnya berbuat baik kepada alam semesta adalah jalan syurga, dan berbuat jahat kepada alam adalah jalan neraka.

Saya ingin menyampaikan pendapat peribadi saya yang mungkin bercanggahan dengan pendapat ramai. Saya dapati jika teknologi sains moden dan penciptaan ini dipelopori oleh peradaban umat Islam, maka tidak akan ada impak negatif terhadap alam semesta seperti yang berlaku sekarang.

kilga jar

Kalau anda perlukan bukti, berkunjunglah ke Muzium Seni di Kairo. Di sana anda boleh melihat sebuah alat yang dibuat oleh peradaban Islam untuk menghindari pemakaian air yang berlebihan. Yang membuatkan alat ini unik adalah kerana alat ini diletakkan di tepi Sungai Nil yang pada saat itu penduduk Mesir masih sedikit. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat ketika itu betapa pentingnya tidak membazir air, meskipun air sangat banyak.

tempat lepak anjing di cairo

Jika berkunjung ke Kairo, lihat juga bahagian atas Masjid Muhammad Abu Dzahab. Di sana selalu tersedia makanan khusus untuk burung-burung yang bebas berterbangan. Lihatlah daerah yang bernama “Baitul-Qhadi” berdekatan dengan Masjid Imam al-Husain. Di sana ada wakaf yang sangat unik. Wakaf itu khusus untuk tempat makan dan minum anjing-anjing jalanan.

Ini menunjukkan bahawa peradaban umat Islam sangat menjaga lingkungan dari ketidak seimbangan, polusi, penindasan makhluk dan pastinya dari bahaya dan kehancuran.

Maulana Syaikh Ali Jum’ah 

(Disarikan dari Wa Qāla al-Imām, hal: 244, 246)

Petikan asal : Ahbab Maulana Syaikh Ali Jum’ah 




Hakcipta iluminasi.com (2017)