Jika kita sebutkan "Kung Fu", sudah tentu secara tidak langsung kita akan mengaitkannya dengan negara China.
Ia juga disebut sebagai wushu dan quanfa. Di China, ia merujuk kepada sebarang kajian, pembelajaran atau amalan yang memerlukan kesabaran, tenaga dan masa untuk diselesaikan.
Dalam makna aslinya, Kung Fu boleh merujuk kepada sebarang disiplin atau kemahiran yang dicapai melalui kerja keras dan amalan, tidak semestinya seni mempertahankan diri.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, dari manakah asalnya Kung Fu ini dan bagaimana ia boleh menjadi seni mempertahankan diri?
(Lakaran sami Buddha India, Bodhidharma atau Tamo)
Orang Cina percaya bahawa pengasas Kung fu adalah seorang sami Buddha India.
Menurut cerita Shaolin, pengasas Kung Fu adalah seorang sami Buddha India yang bernama Bodhidharma, atau "Tamo" dalam bahasa Cina.
Pada suatu ketika, Tamo mengembara ke China untuk bertemu dengan Maharaja.
Ketika itu, Maharaja telah mengarahkan sami-sami Buddha untuk menterjemahkan teks-teks Budha dari bahasa Sanksrit ke bahasa Cina.
Tujuannya adalah untuk membolehkan penduduk umum untuk memiliki kebolehan mengamalkan agama ini.
Ini dilihatkan sebagai satu projek mulia, namun apabila Maharaja percaya ini menjadi laluannya ke Nirvana, Tamo tidak bersetuju.
Pandangan Tamo terhadap Buddha adalah seseorang itu tidak boleh mencapai matlamatnya hanya dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain di atas nama orang lain.
Pada ketika ini Maharaja dan Tamo berpisah dan Tamo mengembara ke kuil Buddha yang berdekatan untuk bertemu dengan para sami yang menterjemahkan teks-teks Buddha ini.
Kuil tersebut telah dibina beberapa tahun sebelum di dalam sisa hutan yang telah dibersihkan atau dibakar.
Ketika pembinaan kuil ini, tukang kebun maharaja juga menanam pokok baru.
Oleh itu kuil itu dinamakan "hutan muda atau hutan baru", bermaksud Shaolin dalam bahasa Mandarin atau Sil Lum dalam Kantonis.
Apabila Tamo tiba di kuil ini, dia tidak dibenarkan masuk. Ini mungkin disebabkan oleh dia dianggap sebagai orang asing yang mengacau oleh ketua sami iaitu Fang Chang.
Setelah tidak diterima oleh para sami, Tamo pergi ke sebuah gua yang berdekatan dan bermeditasi sehingga para sami mengenali kehebatan keagamaannya dan menerimanya.
Legenda mengatakan bahawa dia mengorek lubang melalui satu sisi gua hanya dengan menatapnya sahaja.
Apabila Tamo menyertai sami-sami ini, dia memerhatikan bahawa keadaan fizikal mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.
Sebahagian besar rutinnya yang hampir sama dengan para sami Ireland pada Abad Pertengahan, yang menghabiskan berjam-jam setiap hari membongkok di atas meja di mana mereka menyalin teks tulisan tangan.
Oleh itu, sami-sami Shaolin tidak mempunyai stamina fizikal dan mental yang diperlukan untuk melakukan amalan meditasi Buddha yang paling asas.
Tamo mengatasi kelemahan ini dengan mengajar mereka latihan bergerak, direka untuk meningkatkan aliran chi dan membina kekuatan.
Set ini, yang diubah dari yoga India (terutamanya hatha dan raja) berdasarkan pergerakan 18 haiwan utama dalam ikonografi Indo-Cina (contohnya harimau, rusa, harimau, ular tedung, ular, naga, dll.) merupakan permulaan kepada Kung Fu Shaolin.
Sukar untuk dikatakan secara tepat bila masanya senaman-senaman ini berubah menjadi seni bela diri yang sangat terkenal sehingga kini.
Kuil Shaolin ini berada di kawasan yang terpencil di mana dilalu oleh para penyamun dan kadang-kala berhadapan dengan masalah haiwan liar, jadi mereka mungkin menjadikan senaman ini sebagai cara untuk mempertahankan diri.
Selepas beberapa ketika, pergerakan ini dikodifikasikan ke dalam sistem pembelaan diri dan tersebar ke seluruh dunia.
Rujukan:
1. Kung Fu