Ketika di tanya di sekolah rendah dahulu oleh guru, apakah cita-cita anda? Pasti ramai yang menjawab ingin menjadi doktor, jurutera, jururawat, guru dan sebagainya.
Semua ini adalah karier yang sangat baik dan kanak-kanak sendiri pun boleh memahami apa yang dilakukan oleh mereka. Namun, bagaimana pula dengan jawatan yang tak ramai, malah mungkin tak ada yang mengatakan untuk menjadi CEO.
BESARKAN TEKS A- A+
Ataupun, adakah ada di antara pembaca iluminasi.com yang ingin menjadi CEO sejak kecil lagi?
Seperti yang ramai sudah tahu, CEO bermaksud Chief Executive Office, atau dalam bahasa Malaysia adalah Ketua Pegawai Eksekutif. Mereka yang memegang jawatan ini adalah majikan, lebih mudah mereka ini adalah boss, atau ketua syarikat.
Sama ada ia adalah sebuah syarikat kecil, mahupun syarikat gergasi seperti Apple atau Microsoft, CEO berada di bahagian atas piramid organisasi. Jika anda tahu apa itu CEO, namun tahukah anda apa tugas CEO, dan apa yang dilakukannya setiap hari?
Adakah CEO bekerja seperti kakitangan lain? Mungkin menghabiskan masanya mencipta slogan untuk syarikat? Atau menggunakan masa menelefon klien dan menjual produk?
Walaupun kerja-kerja yang dinyatakan di atas adalah sangat penting, namun ia dilaksanakan oleh pekerja-pekerja di setiap bahagian tertentu. Tugas CEO sukar untuk diterangkan dan diringkaskan, kerana ia tidak tertakluk secara tepat kepada mana-mana kategori.
Walaupun kebayakan kakitangan syarikat mempunyai tugas spesifik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, CEO pula bertanggungjawab terhadap syarikat secara keseluruhan. CEO ditugaskan dalam mengawasi dan menyelia pelbagai jenis kerja dan kakitangan syarikat, setiap hari.
Walaupun kebanyakan pekerja syarikat mempunyai tugas yang sangat spesifik yang mereka tanggung, CEO bertanggungjawab terhadap syarikat itu secara keseluruhan. Akibatnya, dia mesti mengawasi pelbagai jenis orang dan tugas setiap hari.
Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk menentukan, berkomunikasi, dan melaksanakan hala tuju strategik syarikat. Ia termasuklah dalam membuat keputusan terakhir mengenai bagaimana sumber syarikat, termasuklah kakitangan, akan digunakan untuk menghasilkan produk yang akan menjana pendapatan dan meningkatkan nilai syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif mestilah seorang yang hebat dalam memberikan kuasa dan melantik kakitangan. Untuk sesebuah syarikat itu berjaya, CEO haruslah memastikan pekerja yang diambil mampu menguruskan setiap aspek utama perniagaan.
Bagi sesebuah syarikat, adalah tidak praktikal untuk seorang CEO untuk bertemu dengan setiap pekerja setiap hari. Sebaliknya, CEO akan berjumpa dengan sekumpulan kecil daripada mereka yang memegang jawatan pengurus, yang akan melaporkan berkenaan bahagian tertentu syarikat.
Pakar-pakar menggangarkan bahawa CEO menghabiskan lebih daripada 80% masa mereka berinteraksi dengan orang lain. Dengan kata mudah, CEO menghabiskan sebahagian besar hari mereka bermesyuarat, sama ada bersemuka atau melalui telefon.
Pertemuan atau mesyuarat ini biasanya dengan pekerja-pekerja lain dalam syarikat. Namun, CEO juga boleh terlibat dalam interaksi dengan orang lain termasuklah pelabur, pemegang saham, ahli lembaga pengarah atau wakil syarikat lain.
Malah, CEO adalah titik utama komunikasi antara syarikat dan lembaga pengarah syarikat tersebut. CEO juga mungkin menghabiskan banyak masa dengan berjalan, seperti ke luar negara atau outstation.
Komunikasi adalah tanggungjawab utama untuk seorang CEO. Jika tidak bermesyuarat, CEO menghabiskan banyak masa mengembalikan panggilan telefon dan membalas e-mel. CEO mungkin menerima beratus-ratus e=mel setiap hari dan memerlukan masa yang banyak untuk memberikan respon.
Bunyi macam banyak kerja kan? Memang sangat banyak, oleh sebab itu gaji seorang CEO biasanya sangat tinggi disebabkan oleh tanggungjawabnya yang berat dan bekerja sangat lama.
Kebanyakan CEO bekerja di hujung minggu dan kurang bercuti, walaupun mereka mendapat cuti. Jadi, adakah anda rasa anda layak dan mampu untuk menjadi seorang CEO?
Jika anda seorang pemikir strategik dengan visi yang hebat, kepimpinan yang luar biasa, dan kemahiran komunikasi yang cemerlang, maka jawatan ketua pegawai eksekutif sangat sesuai untuk anda dan mungkin satu hari nanti cita-cita anda akan tercapai?