Sumber foto: Malay Mail Online
Anak perempuan seorang warga Argentina, Elizabeth Avalos (27 tahun) yang didedahkan hilang sejak 7 bulan lepas akhirnya dijumpai di Indonesia, kelmarin.
Kanak-kanak itu yang bernama Alum Langone Avalos (7 tahun) berjaya dijejaki atas informasi yang diperolehi dari orang awam setelah pengumuman tentang kehilangannya disebarkan oleh media sejak dua minggu lepas.
Manuel Balaguer Salas selaku Duta Argentina ke Malaysia menerusi sebuah kenyataan semalam juga mengakui penahanan bekas kekasih Elizabeth, Jorge Gabriel Langone (41 tahun) yang bertanggungjawab membawa lari kanak-kanak itu oleh pihak berkuasa Indonesia, kelmarin.
Manuel Balaguer memberikan penghargaan terhadap pihak berkuasa Malaysia, pihak media serta orang awam yang menolong menyelesaikan kes berkenaan.
Elizabeth berada di Indonesia ketika ini dan hal penghantaran pulang beliau bersama anaknya ke Buenos Aires bakal diselesaikan segera.
Sumber berita: Utusan Online