Oleh pada 19 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/altimet

Penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet akhirnya nekad untuk bersara dari industri hiburan pada ulangtahun kelahirannya yang ke-40 pada 27 November tahun hadapan.

Pemilik nama sebenar Ahmad Abdul Rahman (39 tahun) itu menjelaskan yang hampir semua matlamatnya dalam bidang seni sudah tercapai dan kini tiba masanya untuk dia menceburi sesuatu yang baru.

Alhamdulillah, keputusan ini saya sudah buat sejak mula bergerak solo pada 2007 dan memang nekad untuk menamatkan karier pada tahun hadapan. 


Hampir semua impian dalam bidang seni sudah tercapai. Saya sudah ada perancangan selepas ini dimana akan lebih fokus pada bisnes. 


Sekarang ini pun saya menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Filzzow dan akan ada beberapa lagi kedai baru yang akan dibuka.

Tambahnya lagi, pengundurannya itu bagaimanapun berkemungkinan tidak memutuskan semangatnya dari berkarya dengan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.

Saya tak akan merakamkan album lagi dan tiada persembahan daripada Altimet.


Lagu baru yang saya nyanyi memang tidak ada tapi saya tulis lagu untuk orang lain itu mungkin ada .

Dalam perkembangan yang lain, penyanyi itu kini sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah single terbaru  hasil kolaborasi dengan seorang penyanyi rap baru yang identitinya masih dirahsiakan.

Penyanyi rap baru ini belum dikenali dalam arus perdana. Tapi dia mempunyai kualiti suara yang bagus.


Mungkin orang tengok saya hanya kolaborasi dengan selebriti yang ada sahaja. Tapi yang sebenarnya saya bukan tengok dia ada nama ke tak.


Saya lihat pada mutu dan kesesuaian suara penyanyi tersebut dengan lagu .

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)