Kredit foto: Instagram Aliff Aziz & Instagram Afifah Nasir
Penyanyi Aliff Aziz berang dengan tindakan Afifah Nasir yang mendakwa kononnya sudah berbaik dengan isterinya, Bella Astillah.
Menurut Aliff, kenyataan yang dikeluarkan aktres itu adalah palsu semata-mata untuk membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.
"Beberapa minggu lalu Afifah mengeluarkan kenyataan ketika ditemuramah media bahawa dia tidak bermusuh dengan Bella dan sedia memaaf serta melupakan insiden yang berlaku.
"Jika benar Bella kata dia sudah okey dengan semua ini ketika kamu hubungi dia di WhatsApp, kenapa kamu tidak menunjukkan bukti itu kepada media?
"Apa yang saya mahu katakan wanita ini (Afifah) suka membuat kenyataan yang hanya satu penipuan," luahnya.
Kenyataan tersebut dibuat Aliff menerusi laman Instagram pada malam Sabtu.
Kredit foto: Instagram Aliff Aziz
Dalam masa yang sama, penyanyi kelahiran Singapura ini meminta agar Afifah berhenti daripada bercakap sekiranya hanya mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih.
Malah dia menuntut aktres yang juga adik kepada Anzalna Nasir itu supaya tampil mengemukakan bukti jika benar dia sudah berdamai dan menerima kemaafan Bella.
"Seperti yang saya katakan, adalah sangat mustahil untuk kamu bercakap benar. Tapi lain kali tolonglah cuba bercakap benar atau jangan cakap apa-apa langsung," pintanya.
Mengulas mengenai kenyataan Afifah yang bersedia untuk digandingkan bersamanya semula, Aliff berkata perkara itu tidak mungkin berlaku kerana dia berasa bahaya untuk mendampingi aktres itu.
"Dengar sini baik-baik. Saya tidak berhasrat untuk menerima apa-apa tawaran berlakon dengan kamu.
"Ia bukan kerana saya takut kepada kamu, atau kerana saya tidak bersalah tapi sebab bahaya untuk berada dengan orang yang suka menipu tanpa rasa bersalah dan memikirkan perasaan orang lain," tegasnya.
Terdahulu, Afifah pernah didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff dan Bella.
Spekulasi itu tersebar selepas Bella mengesan Aliff sedang bersama wanita itu di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras dalam kejadian pada 27 Julai lalu.
Sumber berita: Mstar