Oleh pada 21 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Akhirnya aktres Fathia Latiff mengaku wanita dalam video Bigo Live yang tersebar baru-baru ini adalah dirinya.

Pengakuan tersebut dibuat kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.

Jelas Fathia, dia tidak menyedari aktivitinya bersama beberapa rakan wanita dirakam menerusi aplikasi Bigo Live yang juga boleh diakses oleh umum.

Ya, itu adalah saya. Pada ketika itu saya dan beberapa rakan sedang berada di sebuah villa yang disewa. Manakala, sesi menari itu hanyalah antara saya dan rakan-rakan perempuan sahaja dan kami sebenarnya sedang menari di dalam bilik mandi.
Sumber: News Straits Times

Sehubungan dengan itu, Fathia memberitahu dia berasa malu dengan perkara yang berlaku.

Keratan berita pengakuannya di akhbar itu turut dimuat naik di laman Instagram dengan kapsyen permohonan maaf kepada para pengikut kerana telah memberikan contoh yang buruk kepada mereka.

Fathia mengakui tidak sedar dengan pendedahan video itu dan dalam masa yang sama meminta semua pihak tidak menuding jari kepada aktres Natasha Elyzza.

akhirnya fathia mengaku 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Dalam pada itu, rata-rata netizen berasa berang sambil mengkritik tindakan pelakon itu yang jelas tidak berfikir panjang dalam perbuatannya.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah pihak yang sudah memaafkan Fathia dengan harapan dia dapat mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.

akhirnya fathia mengaku 3

Kredit foto: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)