Kredit foto: astroawani.com
Dalam sebuah kenyataan terbaru, pelakon Aidil Aziz mendedahkan secara eksklusif pengalaman yang dilalui beliau sewaktu menghuni penjara pada September tahun lalu.
Kredit foto: rojakdaily.com
Dua bulan saya di Penjara Sungai Buloh, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati saya. Menangis pun sampai tak keluar air mata. Apa yang terjadi ini mungkin hikmah atas khilaf yang salah lakukan sebelum ini. Macam-macam perkara yang saya pelajari, saya lebih menghargai keluarga dan mendekatkan diri kepada Allah. Saya tahu mana intan mana permata, mana kaca dan mana duri. Untuk menjadi lebih matang, saya perlu berhati-hati memilih kawan.
Sumber: Astro Gempak
Aidil akui, pada awalnya jiwanya memberontak kerana terasa seperti dianiaya, namun perlahan-lahan perspektifnya mula berubah.
Dalam mencari jawapan kepada musibah itu, pelakon tersebut mempelajari sesuatu yang lebih besar daripada yang dijangkakannya.
Kredit foto: english.astroawani.com
Berkali-kali menangis tetapi saya tidak bertemu jawapan. Saya menangis sebab rindukan keluarga dan saya menangis sebab saya tak tahu apa silap saya. Saya rasa teraniaya! Sampailah tiba-tiba saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang datang tanpa saya tanya. Dia minta saya bertenang. Katanya nak jaga hati semua orang memang tidak mampu jadi kau jaga Allah dan jaga keluarga. Jika pandang dari luar memang itu tempat yang kita tidak sanggup masuk tetapi di situlah pintu muhasabah diri terbuka luas.
Sumber: Astro Gempak
Sepanjang ditahan, Aidil menghuni sebuah dorm yang turut diduduki lebih 30 pesalah lain. Menurut Aidil, dia tidak pernah dianiaya sewaktu berada dalam tahanan tersebut.
Kini telah hampir tujuh bulan beliau dibebaskan.
Kepada peminat yang merindui kemunculan Aidil, pelakon sensasi tersebut akan membintangi sebuah drama bersiri 40 episod yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, Aidil kini giat mempromosikan perniagaan Jeruk Mangga Asam Boi, King Mangifera.