Dalam mencari pasangan yang ideal, apakah kualiti yang berada dalam senarai teratas anda? Tinggi? Kulit sawo matang? Kacak? Kelakar? Baik hati?

Atau mungkin, anda menganggap kepintaran sebagai ciri yang paling penting dalam diri pasangan?

Tidak cukup dengan itu, kepintaran bukan sahaja tonggak utama yang membuatkan anda tertarik kepada seseorang, tetapi anda menganggapnya sebagai orientasi seksual anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, adakah perkara sebegini wujud?

Tidak ada banyak sumber tepat yang menentukan istilah "sapiosexual" atau "sapiosexuality." Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1998 oleh seorang pengguna LiveJournal, dikenali sebagai wolfieboy.

Pada tahun 2014, platform dating dalam talian iaitu OKCupid menambah sapioseksual ke dalam senarai orientasi seksualnya. Dan hari ini, anda boleh melakukan carian di Google untuk menyemak sama ada anda menepati ciri-ciri sapioseksual ini.

adakah sapioseksual wujud

Dalam kata mudah, sapioseksual membawa makna seseorang itu lebih tertarik kepada kepintaran dan bukannya wajah atau tubuh badan.

"Sapioseksualiti adalah tarikan terhadap otak seseorang iaitu kepintaran mereka," kata Carol Queen, Ph.D., kakitangan seksologi di Good Vibration dan penulis "The Sex & Pleasure Book: Good Vibrations Guide to Great Sex for Everyone."

Istilah ini berasal dari perkataan "sapient", yang juga berkait dengan "homo sapiens", dan membawa makna "bijak".

Dr. Emily Morse yang merupakan seorang Doktor Seksualiti Manusia memberikan definisi yang serupa, menjelaskan bahawa orang yang dikaitkan dengan istilah tidak semestinya menetapkan syarat pendidikan khusus untuk pasangan mereka.

"Seorang sapioseksual adalah seseorang yang tertarik secara seksual terhadap kepintaran seseorang, dan mereka mementingkan ciri ini melebihi yang lain. Ia bukan semata-mata berkenaan dengan perbahasan ilmiah, tetapi minat dan kecekapan tentang subjek tertentu juga melepasi syarat sapioseksual," kata Dr. Emily Morse.

Dalam sebuah artikel Psychology Today, penulis Diana Raab, Ph.D, berkata sapioseksual kadang-kala dipanggil sebagai "nymphobrainiacs" dan mereka pada dasasrnya jatuh cinta dengan akal dan fikiran.

Carol Queen menyatakan bahawa sapioseksualiti adalah unik kerana ia tidak berpusat pada faktor lain yang biasanya menjadi ciri tarikan seseorang seperti kacak, cantik dan lain-lain.

tarikan seksual terhadap kepintaran

Menurut satu kajian psikologi pada tahun 2018 yang diterbitkan secara dalam talian dalam jurnal saintifik Intelligence, ia mendapati bahawa kebanyakan orang mahukan pasangan yang pintar.

Malah, sebilangan kecil daripada mereka dilaporkan bahawa mereka secara khusus terangsang secara seksual oleh kepintaran. 

"Banyak kajian menunjukkan bahawa "kepintaran" adalah ciri yang sangat diingini pada pasangan, namun saya ragu-ragu jika orang sukakan pasangan yang mempunyai tahap kepintaran yang terlalu tinggi," kata Gilles Gignac, ahli psikologi dan pensyarah senior di Universiti Western Australia.

Oleh kerana banyak kajian terdahulu berkenaan dengan hal ini menggunakan pengukuran ranking, adalah mustahil untuk kita ketahui tahap kepintaran yang disukai secara rata-rata dan jenis kajian yang berbeza perlu dilakukan untuk mengetahui hal ini secara tepat, jelas Gilles Gignac.

Untuk kajian mereka, Gignac dan rakan-rakannya meninjau 383 orang dewasa mengenai sifat apa yang mereka hargai dalam pasangan dan bagaimana mereka tertarik kepada orang-orang dari pelbagai tahap kepintaran.

tertarik kepada orang pintar

"Pintar" adalah sifat kedua paling tinggi dalam kedudukan, di belakang "baik dan memahami." Sifat ketiga dan keempat yang dinilai paling tinggi masing-masing adalah "keperibadian yang menarik" dan "mudah bergaul".

Perkataan sapioseksual telah digunakan dalam budaya popular, tetapi belum diselidiki secara ilmiah, kata Gignac.

"Oleh itu, saya tertanya-tanya adakah sapioseksualiti dapat diukur dengan skala psikometrik konvensional dan berapa ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai sapioseksual dalam populasi manusia," kata Gignac. 

Rujukan:

1. HuffPost

2. Psypost

3. Health




Hakcipta iluminasi.com (2017)