Tubuh badan manusia adalah sebuah "mesin" yang sangat pintar menyesuaikan diri.

Walaupun anda mengumpulkan banyak lemak dalam tempoh yang lama, namun anda boleh menghilangkannya dengan kadar yang lebih pantas berbanding tempoh untuk ia terkumpul.

Terdapat pelbagai cara untuk membakar lemak pada kadar paling optimum dan iluminasi.com kongsikan 9 daripadanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jauhi penimbang berat badan

jauhi penimbang berat badan

Salah satu sebab mengapa anda perlu jauhkan daripada penimbang berat badan adalah kebarangkalian untuk menambah otot dan kehilangan lemak berlaku. Komposisi badan dan bagaimana anda kelihatan dalam cermin lebih penting daripada berat anda.

Cuba bayangkan anda bersenam seperti melakukan senaman regangan dan makan dengan betul, membuatkan otot badan anda bertambah sebanyak 3 kilogram dan juga anda kehilangan lemak sebanyak 3 kilogram.

Tetapi, penimbang akan menunjukkan bahawa berat anda tak berubah.

Ini akan membuatkan anda berasa kecewa walaupun anda telah mencapai satu kemajuan yang memberangsangkan.

Gunakan penimbang sebagai panduan, tetapi apa bagaimana anda kelihatan dalam cermin, apa yang anda rasa dan bagaimana perbezaan ketika anda memakai pakaian lama adalah petunjuk yang lebih baik terhadap kemajuan anda.

2. Kurangkan jumlah kalori secara beransur-ansur

kurangkan pengambilan kalori

Jika anda mempunyai sasaran untuk mengurangkan lemak pada badan, jangan lakukan perubahan kalori dengan mendadak. Ya, pasti anda beranggapan dengan mengurangkan jumlah kalori dengan mendadak, pasti anda akan dapat hasil yang cepat, kan?

Jika ia berlaku, ini akan membuatkan badan anda masuk ke dalam mod kelaparan sekaligus merendahkan kadar metabolisma badan yang akan membuatkan proses pembakaran lemak menjadi sukar.

Untuk mengelakkan kadar metabolik menurun dan membolehkan badan anda membakar lemak pada kadar yang optimum, lakukan pengurangan kalori secara perlahan dan dalam jumlah yang kecil untuk setiap 1 atau 2 minggu.

Dengan ini badan anda tak akan sedar bahawa anda sedang ambil kalori dalam jumlah yang semakin berkurangan.

3. Ubah pengambilan kalori 

ubah pengambilan kalori

Ini adalah satu lagi cara untuk menipu badan anda dan terus kehilangan lemak badan tanpa menurunkan metabolisme anda.

Dengan meminda pengambilan kalori anda setiap beberapa hari dan bukannya makan jumlah kalori yang sama setiap hari, ia akan memastikan mekanisme "kelaparan" sentiasa berada dalam keadaan baik dan terus membakar lemak.

Sekiranya anda makan jumlah kalori yang sama setiap hari semasa diet, badan anda akan menyesuaikan diri dengan menurunkan kadar metabolisma bagi menghalang anda daripada membakar lemak badan yang terlalu banyak. Ini semua berkait dengan hormon.

Apabila pengambilan kalori adalah rendah dan kekal sama setiap hari, tahap leptin (hormon lapar) menurun dan begitu juga dengan kadar metabolisme.

Memakan kalori lebih tinggi dalam beberapa hari dan memakan kalori yang lebih rendah pada hari yang lain akan membantu mengekalkan tahap leptin

4. Lakukan senaman rintangan

senaman rintangan 484

Latihan rintangan atau bebanan membantu pembakaran lemak dalam beberapa cara. Latihan bebanan sendiri merupakan cara membakar kalori yang baik.

Kajian juga menunjukkan bahawa, tidak seperti senaman aerobik, latihan bebanan meningkatkan pembakaran kalori ketika anda dalam keadaan rehat sehingga 39 jam selepas latihan tersebut tamat. 

Malah, semakin banyak otot pada badan anda, semakin banyak kalori yang digunakan setiap hari. Dan walaupun sasaran anda hanyalah untuk membakar lemak dan bukannya menambahkan otot, anda tetap perlu lakukan latihan bebanan.

Ini akan membantu mengelakkan berat badan yang hilang bukanlah daripada otot sedia ada.

Jika otot anda hilang ketika proses membakar lemak (jika tak lakukan senaman bebanan), kadar metabolisma anda akan menurun dan memusnahkan usaha pembakaran lemak anda serta menjadikan anda seorang yang kurus dan berlemak. 

Dan ya, orang yang mengalami masalah aneroksia juga tidak terkecuali untuk mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi. Kurus tak bermakna anda rendah lemak.

5. Lakukan senaman HIIT 

hiit

HIIT adalah satu senaman di mana ia dilakukan dalam keadaan berkala iaitu latihan intensiti tinggi dengan tempoh rehat yang singkat. Dan hasilnya adalah lebih baik dalam masa yang singkat berbanding senaman kardiovaskular.

Antara senaman HIIT yang mudah boleh dilakukan di rumah adalah melompat tali. Caranya adalah lakukan lompatan sepantas yang boleh dalam tempoh 10 hingga 20 saat, diikuti dengan lompatan perlahan untuk tempoh 30 saat.

6. Makan lebih banyak lemak

lemak baik 471

Agak pelik kan jika anda perlu makan lebih banyak lemak sedangkan anda ingin buang lemak? Namun ia adalah benar. Makan lemak baik dengan secukupnya dapat membantu kehilangan lemak, membina otot dan pulih lebih cepat.

Lemak sihat juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuklah baik untuk hati anda.

Jadi, makanan apa yang mengandungi lemak baik? Lemak baik adalah lemak tak tepu, terutamanya omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon dan kekacang, serta lemak monotaktepu seperti mentega kacang, minyak zaitun, kuning telur dan minyak ikan.

Jadi lemak mana yang "baik" lemak? Orang-orang yang tak tepu poliester (terutamanya omega-3), seperti ikan dan kacang, dan jenis tanpa monounsaturated, seperti dari mentega kacang, minyak zaitun, kuning telur, dan minyak ikan.

7. Kurangkan pengambilan karbohidrat

kurangkan pengambilan karbohidrat

Pengambilan karbohidrat perlu dikurangkan terutamanya gula dan kanji jika anda ingin buang lemak.

Dan karbohidrat yang anda makan pula haruslah datang daripada makanan seperti karbohidrat yang baik seperti oat, nasi perang, roti perang, sayuran dan banyak lagi.

Masa pengambilan karbohidrat anda juga memberi kesan kepada pembakaran lemak. Kurangkan pengambilan karbohidrat pada lewat malam dan sebaiknya adalah memakan sumber ini pada waktu pagi serta hampir dengan waktu latihan atau senaman anda.

Dengan ini karbohidrat yang anda makan tidak disimpan menjadi lemak kerana telah digunakan sebagai sumber tenaga.

8. Tingkatkan pengambilan protein

tingkatkan pengambilan protein

Meningkatkan pengambilan protein akan menaikkan kadar metabolisme anda dan membantu mengekalkan jisim otot anda, yang mana semua ini membantu pembakaran lemak.

Malah, badan anda membakar lebih banyak kalori apabila anda makan protein berbanding ketika anda mencerna lemak atau karbohidrat.

Perkara ini disahkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Physiology.

Dalam kajian tersebut, satu kumpulan diberi makan diet berprotein tinggi (lebih dari 2.2 gram per kilogram berat badan sehari) manakala kumpulan kedua diberikan jumlah protein yang lebih rendah. y

Hasilnya, kumpulan yang makan makanan berprotein tinggi membakar paling banyak lemak. 

9. Makan dalam jumlah sederhana dan kerap

makan kerap untuk turunkan berat badan

Ini akan memastikan anda membekalkan badan anda dengan nutrien yang diperlukan untuk membina otot dan membakar lemak.

Malah, kadar metabolisme anda ketika rehat akan meningkat. Ia juga akan menghalang tubuh anda daripada masuk ke dalam mod "kelaparan", yang boleh berlaku apabila jarak antara satu hidangan ke hidangan lain terlalu jauh. 

Jika perkara ini berlaku, badan anda akan mula memakar otot anda untuk dijadikan tenaga dan meningkatkan penyimpanan lemak badan, serta menurunkan kadar metabolisma badan. Ini adalah perkara yang paling ditakuti untuk berlaku.




Hakcipta iluminasi.com (2017)