Kredit foto: Instagram Sharifah Amani & Instagram gib_idris

Festival Filem Malaysia (FFM29) baru-baru ini telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan filem Adiwiraku sebagai Filem Terbaik.

Ia sekaligus menewaskan empat buah filem lain dalam kategori yang sama iaitu Desolasi, Redha, Interchange dan Hanyut.

Tidak ketinggalan penghargaan turut diberikan kepada filem Abang Long Fadil 2 yang meraih Anugerah Box Office menerusi kutipan pecah panggung 17.3 juta.

Acara gilang-gemilang itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan diacarakan oleh hos Zizan Razak.

Manakala beberapa pelakon popular hadir membuat kemunculan antaranya Syatilla Melvin, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Fizo Omar, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Dalam pada itu, di sebalik kemeriahan acara FFM kali ini, banyak "insiden" menarik yang berlaku meskipun tiada dimuatkan dalam rakaman secara langsung di kaca televisyen.

Nak tahu apa dia? Berikut kami kongsikan 9 momen menarik FFM29!

1. Bukan sahaja para artis yang sibuk melaram, namun para peminat yang hadir juga sama naik. Yang menariknya ada di kalangan mereka tampil dengan fesyen pelik! Nak tarik perhatian artis kegemaran mereka agaknya.

2. Kerana teruja bertemu selebriti di karpet merah, ramai peminat tak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan mereka - sehinggakan ada yang tersadung!

3. Sharifah Amani dan Nadiya Nisaa sangat menikmati momen bergambar bersama di karpet merah. Comel betul mereka ni ya..

4. Bekas peserta Super Spontan Superstar 2017, Zulin Aziz masih sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan para selebriti yang hadir walaupun berada dalam keadaan kelam-kabut mencari tempat duduk.

5. Majlis anugerah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan nyanyian lagu Negaraku.

6. Agak lama juga masa yang diambil oleh aktor Shaheizy Sam untuk ke pentas selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik.

7. Malah isteri Shaheizy iaitu Syatilla juga kelihatan tertanya-tanya adakah dia yang perlu tampil sebagai wakil Shaheizy untuk mengambil trofi.

8. Enggan melengahkan masa, Syatilla menggagahkan juga kakinya ke pentas, namun pada masa yang sama kelibat Sam pula muncul. Kesudahannya, mereka mengambil trofi bersama-sama sambil mengukir senyuman. Sweet betul!

9. Sebelum menuju ke segmen seterusnya, Zizan nampaknya amat komited dan tekun meneliti ‘cue card’ sebagai persediaan.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)