Oleh pada 13 Dec 2017 kategori

Lebah madu adalah haiwan paling sibuk di dunia. Ia merupakan makhluk yang penuh dengan keajaiban. Disebalik madu yang dihasilkan, dan hanya dikonsum oleh manusia, tak ramai yang tahu mengenai lebah madu.

iluminasi.com ingin berkongsi 9 fakta menarik mengenai lebah madu.

1. Tak tidur

lebah madu tak tidur

Topik sama ada lebah madu tidur atau tidak sentiasa menjadi perbahasan. Terdapat banyak yang mengatakan lebah ini tidak tidur dan akhirnya mati disebabkan keletihan. Kedua-dua kenyataan ini adalah benar dan tidak. Realitinya, lebah madu lebih kepada narcoleptic (masalah otak jangka panjang yang mengurangkan kebolehan mengawal kitaran tidur), daripada insomnia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Para pengkaji telah memerhati lebah ini dlam jangka masa yang pendek iaitu 30 saat secara purata, di mana serangga ini tidak memberikan respon, sesungutnya layu dan badan menjadi relaks. Bagi lebah muda, ia agak kurang tidur, berbanding lebah tua yang kerap ulang-alik ke sarang untuk "quick nap".

Lebah muda biasanya sporadis dalam tabiat tidur mereka, sementara lebah yang lebih tua mempunyai tabiat tidur yang lebih kerap, bahkan berundur ke sel-sel sarang mereka untuk tidur cepat

Tidur sebentar ini adalah satu-satunya rehat yang lebah-lebah ini dapat nikmat sepanjang hidupnya. Di antara 3 hingga 6 minggu selepas ia boleh terbang, secara purata lebah madu akan bekerja, sehinggalah mereka mati, biasanya akibat keletihan.

2. Kemahiran matematik

lebah madu mempunyai kemahiran matematik

Pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana lebah mampu menghasilkan sarang lebah yang mempunyai bentuk yang sama, dan tepat, seperti ribuan heksagon digabungkan bersama? Bukan anda sahaja, malah Galiloe Galilei, ahli matematik yang sangat hebat pun kagum melihat kecekapan serangga kecil ini menghasilkan sudut yang sangat tepat bagi setiap heksagon pada sarang.

Sarang lebah liar pada mulanya berbentuk bulat seperti badan lebah, dan kemudiannya dipanaskan semasa pembentukan membuatkan dinding-dinding sarang tersebut cair dan menjadi bentuk semulajadi seperti yang anda lihat.

Mereka juga adalah makhluk pengembara, mencari makanan dan pulang ke sarang. Mereka sangat bijak bernavigasi dan mengira. Ketika pulang ke sarang, lebah akan melakukan tarian tersendiri. Tarian rumit dilakukan bagi memberitahu lebah-lebah lain tentang adanya makanan, memberitahu jarak, serta berapa banyak makanan yang ada. 

Jika sumber makanan banyak dijumpai, lebah tersebut akan menari dengan lebih bertenaga, dan tarian kurang bertenaga menandakan sumber makanan adalah sedikit.

3. Pembelajaran visual

lebah madu menjalani pembelajaran visual

Mungkin anda beranggapan bahawa lebah madu memang sudah tahu bagaimana untuk menghasilkan madu sejak dilahirkan. Sebenarnya tidak, lebah ini tidak tahu bagaimana untuk melakukan apa-apa, seperti bayi manusia. Mereka diajarkan oleh lebah dewasa.

Kajian menunjukkan lebah mempelajari cara melakukan sesuatu daripada lebah yang berpengalaman. Mereka akan menuruti bunga-bunga yang dihurung oleh lebah dewasa. Lebah muda harus pantas dalam mempelajari sesuatu kerana lebah berusia harus kembali ke sarang untuk menjaga dan mempertahankan sarang mereka, serta mengurangkan penggunaan sayap untuk disimpan jika berlaku kecemasan.

4. Mengesan bahan letupan

Reseptor yang dimiliki oleh lebah madu adalah sangat sensitif. Ia mampu untuk mengesan debunga yang sangat kecil, di dalam kawasan yang besar. Kebolehan ini tidak terhad kepada debunga sahaja dan boleh dilatih terhadap benda lain.

Agensi keselamatan telah melakukan kajian dan eksperimen terhadap perkara ini dengan mendedahkan lebah ini kepada bau bahan kimia yang berkaitan dengan penghasilan bom. Lebah-lebah ini dilatih untuk menghurung, apabila bau tersebut dikesan.

Lebah-lebah ini dipasangkan alat pengesan kecil pada badan bagi memudahkan pengesanan lokasi yang dihurung di kawasan yang terbuka. Kamera kecil juga dapat mengesan pergerakann proboscis oleh lebah, yang mengharapkan ganjaran air gula, selepas berjaya mengesan sasaran.

5. Pengenalan wajah

lebah madu mempunyai kebolehan pengenalan wajah

Agak menakutkan, tetapi lebah boleh mengesan wajah individu. Oleh itu, anda berasakan mereka seperti mensasarkan dan mengejar anda secara khusus, sama seperti kebolehan manusia.

Proses yang dikenali sebagai pemprosesan konfigurasi digunakan oleh lebah dengan mengesan kumpulan garisan dan bentuk sebagai corak. Mereka mampu untuk mengingati corak ini di masa hadapan.

Satu eksperimen dijalankan oleh sekumpulan ahli biologi, di mana lebah ini diberikan makanan berkaitan dengan gambar muka, dan semangkuk air berkaitan dengan eleman yang bukannya wajah. Ahli-ahli biologi tersebut menyaksikan serangga ini belajar untuk mencari wajah, dengan ketepatan yang sangat tinggi.

6. Pengawanan

proses mengawan lebah madu yang menyedihkan

Bagi upacara pengawanan, ia agak mengerikan bagi lebah jantan. Ia melibatkan perhambaan, dan kematian. Lebah yang bertangunggjawab untuk melakukan persenyawaan dengan ratu lebah adalah "lebah drone". Ketika mengawan, lebah ini kehilangan endophallus (zakar) yang kekal dalam badan ratu lebah.

Proses tersebut membuatkan perut lebah drone terbuka dan mati serta merta. Jika ia masih hidup, lebah yang cedera ini akan dihalau dari sarangnya. Ratu lebah akan menyimpan sperma dari lebah ini dan tidak lagi mengawan.

7. Tak dapat kesan warna merah

Bagi yang tak tahu, lebah mempunyai 5 mata. Namun, ia bukanlah penyebab mereka mampu melihat dengan lebih jelas. 2 daripada mata lebah adalah yang anda nampak, dan 3 lagi mata kecil terletak di tengah-tengah kepala untuk membantu navigasi ketika terbang.

Walaubagaimanapun, lebah tidak mampu melihat warna merah, dan mungkin melihat warna merah sebagai hitam. Namun, lebah madu mampu melihat sinaran ultraungu yang mana tidak dapat dilihat oleh manusia. Ia digunakan untuk membantu mencari sasaran pada bunga, di mana sinaran ultraungu lebih tinggi di tengah-tengah bunga.

Jika frekuensi sinaran ultraungu kurang, lebah-lebah ini akan hilang minat, kecuali jika mereka lapar.

8. Deria penglihatan menakjubkan

9 fakta menarik mengenai lebah madu haiwan paling sibuk di dunia 7

Deria yang ada pada lebah amatlah hebat. Serangga ini mampu melihat perbezaan antara imej-imej, dalam masa 0.003 saat, berbanding manusia dengan 0.02 saat.

Jadi, manusia menonton dan melihat imej di kaca TV sebagai sebuah gambar, lebah pula melihat sebagai gabungan beratus-ratus imej. Kebolehan ini digunakan dalam proses pendebungaan, mengenalpasti sesuatu dan juga pengawanan.

9. Kanibalisma

Makanan bagi lebah adalah sangat ringkas. Debunga bagi larva, nektar untuk lebah drone dan pekerja. Dan apabila sumber makanan berkurangan, lebah-lebah ini akan menjadi kanibal. Ya, memang biasa bagi lebah madu untuk makan lebah-lebah lain dan juga telur leah apabila tiada makanan.

Ini untuk memastikan lebah-lebah lebih tua dapat hidup, yang mana adalah lebih penting bagi memastikan kemandirian spesis ini. 

Rujukan:

1. NCBI

2. Orkin

3. Verse

4. How Stuff Works

5. NY Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)