Kebanyakan peradaban yang paling luas dan ramai penduduk di dunia wujud di Asia.

Maka, tugas memerintah ke atas empayar dan kerajaan seperti ini memerlukan para pemimpin yang hebat dalam memastikan negara mereka berkembang maju.

Dan ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah memandangkan wujudnya pelbagai kuasa besar di dunia ketika itu. iluminasi.com kongsikan 8 pemerintah Asia yang paling hebat dan berkuasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

8. Maharaja Meiji - November 1852 hingga July 1912

maharaja meiji

Maharaja Meiji paling terkenal melalui Pemulihan Meiji, sebuah revolusi pada tahun 1868 yang mengakhiri Tokugawa Shognate (kerajaan tentera Jepun yang terakhir) yang ditubuhkan hampir tiga abad lebih awal iaitu pada tahun 1600.

Dalam revolusi ini, Meiji memulihkan kawalan empayar ke atas Jepun dan memodenkan negara, seperti yang digambarkan dalam filem-filem utama seperti The Last Samurai.

Pemodenan Jepun membantu menjadikan Jepun sebuah kuasa besar perindustrian barat yang mampu mengalahkan China semasa Perang Sino-Jepun Pertama (1894 - 1895) dan kemudian menentang Rusia sepuluh tahun kemudian dalam Perang Russo-Jepun (1904 - 1905).

Oleh itu, Meiji menjadikan Jepun sebagai salah satu daripada beberapa kuasa bukan Eropah (selain daripada Amerika Syarikat) untuk menyaingi negara-negara imperialis Eropah sebagai kuasa utama dunia, semasa Zaman Imperialisme pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 .

7. Shah Jahan - Januari 1592 ­hingga January 1666

shah jahan

Nama Shah Jahan dalam bahasa Parsi bermaksud "Penguasa Dunia". Meskipun nama beliau yang agak gah, wilayah taklukannya terbatas di Muhgal India sahaja.

Pemerintahannya yang panjang dari tahun 1628 hingga 1658 dianggap sebagai "Zaman Keemasan" empayar.

Dari semua pencapaian seni bina dan tentera Shah Jahan yang pelbagai, yang paling terkenal adalah salah satu keajaiban moden awal di dunia, iaitu Taj Mahal.

Tugu yang indah ini dibina untuk isteri Shah Jahan, iaitu Mumtaz Mahal. Beliau mengimport pembina yang hebat dari empayar Uthmaniyyah dan Parsi untuk membina keajaiban tamadun Mughal ini.

Selepas kematian beliau, Shah Jahan juga disemadikan dalam contoh seni bina Islam India ini.

6. Timur - April 1336 ­hingga Februari 1405

timur

Walaupun lebih dikenali sebagai "The Lame," Timur juga telah disebut sebagai "The Great" dan "The Sword of Islam."

Dari satu segi, kempen ketenteraannya agak mengejutkan dari segi jumlah manusia yang terbunuh, dianggarkan membunuh sebanyak 17 juta orang.

Dari sudut kekejaman dalam sejarah, beliau berada hanya sedikit di bawah pemerintah kejam moden seperti Adolf Hitler dan Joseph Stalin. 

Namun, Timur yang menganggap dirinya sebagai waris Genghis Khan telah mencapai tahap kejayaan yang menakjubkan sepanjang hidupnya.

Ketika beliau mengambil alih Chagatai Khanate, Empayar Mongol yang hebat yang diwariskan oleh Genghis dan Kublai Khan semakin merosot, dengan Dinasti Yuan digantikan oleh Dinasti Ming pada tahun 1368.

Walau bagaimanapun, Timur berperang dengan beberapa siri kempen untuk mendapat pengiktirafan sebagai Great Khan, atau sekurang-kurangnya setaraf dengan saki baki Empayar Mongol, terutamanya seperti Ilkhanate, Golden Horde, dan Dinasti Yuan Utara.

Kerajaan Timur  merangkumi sebahagian besar Asia dan beliau merancang untuk mengembangkannya lebih jauh daripada itu.

Timur meninggal dunia pada tahun 1405, ketika sedang mempersiapkan diri untuk menakluk Ming China. Pendek kata, hanya kematian yang menghalang beliau daripada menakluk dunia.

5. Darius I  - 550­ SM hingga 486 SM

darius i

Darius memerintah selama 36 tahun dalam kuasa besar tunggal di dunia pada masa itu. Di bawah pemerintahannya, Empayar Persia terbentang dari sebahagian Eropah dan Afrika, ke lembah sungai besar India.

Dua karya seni dan seni bina utama dari pemerintahannya adalah Ukiran Behistun dan Istana di Persepolis.

Walaupun istana ini telah runtuh, namun runtuhan ini masih mencerminkan pencapaian arca utama yang pada hari ini merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia.

Ia merupakan salah satu tragedi sejarah terhebat di mana tentera Alexander the Great telah memusnahkan bahagian-bahagian penting Istana yang dibina di oleh Darius.

4. Kublai Khan - September 1215 ­hingga Februari 1294

kublai khan

Kublai Khan cukup terkenal dalam budaya Barat, yang mana telah diabadikan melalui tulisan-tulisan Marco Polo dan Samuel Taylor Coleridge.

Kublai Khan mempunyai pengaruh yang luar biasa terhadap banyak aspek sejarah Asia, terutamanya kerana Empayar Mongol tahap kemuncaknya dalam pelbagai segi di bawah pemerintahannya.

Beliau mendirikan Dinasti Yuan di China yang bertahan dari tahun 1279 hingga 1635. Namun, meskipun berjaya mengembangkan empayarnya, ekspedisi Mongolia di bawah pemerintahannya agak terbatas. 

Pencerobohan mereka terhadap Jepun dihentikan dalam Pertempuran Hakata Bay pada tahun 1281 dan kemudiannya pencerobohan Mongol ke pulau Jawa juga gagal pada tahun 1293.

Sekiranya kempen-kempen ini berjaya, pengaruhnya akan bertambah di Asia malah di dunia.

3. Xerxes I - 519 SM hingga 465 SM

xerxes i

Walaupun Xerxes tidak menubuhkan Empayar Achaemenid Parsi, tetapi beliau memerintahnya sebahagian besar daripadanya dan menjadikannya sebagai satu kuasa global pada ketika itu.

Pencerobohannya yang gagal di Greece telah menjadikannya antara legenda bukan hanya dalam budaya Asia, tetapi juga budaya Barat.

Xerxes muncul sebagai watak utama dalam filem 300. Ada juga yang mengenal pasti Xerxes sebagai individu yang mungkin merupakan pasangan kepada ratu alkitab, Esther.

2. Cyrus II - 576 SM hingga 530 SM

cyrus ii

Cyrus, ayah kepada Xerxes, merupakan individu yang mendirikan Empayar Parsi, kerajaan tri-kontinental pertama dalam sejarah.

Beliau adalah salah seorang daripada "kapten hebat" yang pertama di sejarah, istilah yang digunakan oleh ahli sejarah tentera untuk merujuk kepada pemimpin tentera yang paling hebat sepanjang zaman. 

Oleh itu, empayar yang ditubuhkan oleh Cyrus mengatasi tahap yang terdahulu seperti Asyur dan meninggalkan warisan yang lebih besar di rantau yang luas di dunia.

Peranannya dalam sejarah keagamaan juga penting kerana beliau adalah orang yang menakluk Babylonia, membebaskan orang Yahudi yang telah ditawan oleh Raja Nebukadnezar II Babel dan membenarkan mereka kembali ke Yerusalem.

Sesetengah orang Yahudi hari ini juga melihat kepada Cyrus sebagai Messiah.

1. Genghis Khan - sekitar 1162 hingga Ogos 1227

genghis khan

Genghis Khan seharusnya berada di tangga teratas senarai ini.

Beliau menakluki lebih banyak kawasan daripada Alexander the Great dan meletakkan asas bagi empayar bersebelahan paling besar dalam sejarah.

Lebih tepat, beliau mencipta asas kepada empayar-empayar yang diperintah oleh Kublai Khan dan Timur.

Namanya sangat luar biasa dan tak hairanlah jika Genghis telah digambarkan dalam media sebagai tersangat kuat dan wjud di mana-mana sahaja, seperti dalam permainan video siri "Civilization" dan filem-filem utama seperti The Conqueror dan Mongol, yang tercalon dalam Anugerah Oscar.

Beliau juga mempunyai pengaruh demografik utama di Eurasia, bukan sahaja dari segi orang-orang yang terbunuh dalam penaklukannya dan pencampuran orang-orang hasil daripada penubuhan empayarnya, tetapi juga melalui hubungan seksualnya dan penghasilan keturunannya yang kebanyakannya mengasaskan empayar mereka sendiri.

Pendapat mengenai keperibadian dan wataknya berbelah bahagi kepada betapa hebatnya Genghis sebagai penyatu Asia, dan betapa kejamnya beliau sebagai penyembelih manusia.

Walau bagaimanapun, pengaruhnya terhadap sejarah Eurasia menempatkannya di kalangan lima komander ketenteraan terbesar dalam sejarah dunia serta orang yang paling berpengaruh.




Hakcipta iluminasi.com (2017)